Halaman

Rabu, September 09, 2015

YANG SAKIT JANTUNG, JANGAN BACA BERITA DIBAWAH!!!

Heh! Jangan sampai ada yang berguling atas jalan raya bila baca berita yang disiarkan dibawah ni. Sebab banyak sangat spekulasi yang dikeluarkan sebelum ini semuanya negatif belaka.

Tapi ternyata, apa yang dilaporkan tidak sama seperti khabar angin yang disebarkan sebelum ini. Yang ada hanya jerubu yang menyelubungi puak - puak Pakatan Haramjadah tu sahaja. 

Niat diorang nak melihat kecelaruan dalam UMNO hari ini ternyata tidak kesampaian. Hajat diorang tu tidak menjadi kenyataan. Hanya tinggal harapan semata - mata. Cuma yang kita harapkan, jangan sampai ada dikalangan diorang yang sakit jantung sudah la!!! Hahaha!!!
KUALA LUMPUR: Semua pimpinan tertinggi Umno sebulat suara bersetuju Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Timbalan Presiden Umno.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, Muhyiddin akan terus membantu Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan parti.

"Semua setuju beliau (Muhyiddin) kekal sebagai timbalan presiden. Beliau akan membantu presiden memperkukuhkan Umno," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di lobi Menara Datuk Onn di sini Rabu.

Bung turut menafikan berlakunya pemecatan sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Tiada perkara luar biasa berlaku. Semuanya ok, tiada sebarang ketegangan," katanya.

Ketika ditanya mengenai ucapan Muhyiddin semasa mesyuarat tersebut, Bung berkata, " tidak perlullah saya menjelaskan secara terperinci mengenainya."

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, terdapat dua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu perpaduan dan melangkah ke hadapan untuk memperkukuhkan parti.


"Presiden meminta masalah yang dihadapi Umno diselesaikan dalam keluarga yang besar. Umno tetap bersatu dan melangkah ke hadapan," katanya.

4 ulasan:

  1. Alhamdullillah! Jawatan tak penting, yg penting umno kuat supaya bangsa MELAYU AGAMA NEGARA terpelihara.

    BalasPadam
  2. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.......

    BalasPadam
  3. banyak bloger haramjadah buat fitnah. belum apa2 pecat la......memang siottt......apa lagi bloger penjilat madey......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.