Heh! Bukan la kita nak buat perbandingan yang tak tentu arah diantara dua dunia yang berbeza ni. Tapi, kita sendiri pun boleh fikir, yang mana satu yang lebih baik, jadi pemimpin atau jadi artis.
Walaupun ada pihak yang mendakwa sesetengah artis ni tak tau bab agama, tapi setidak - tidaknya mereka belajar untuk meredhai ketentuan serta ketetapan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T.
Bukannya macam puak - puak yang selama hari ini mendabik dada mendakwa KONONnya diorang ni lebih Islam dari orang lain. Bila KALAH bertanding, GAGAL dapat jawatan, mula meroyan.
Mula la diorang memberontak dan menunding jari terhadap orang lain. Baru sekarang diorang sedar yang diorang dah lama hidup dalam kesesatan yang selama hari ini diorang tak nampak.
Walhal, semua salah tu bukannya disebabkan orang lain. Sebaliknya salah diorang sendiri jugak. Diorang yang lupa diri sehingga tidak dapat menerima ketentuan Allah S.W.T. Itulah akibatnya bila Iman kurang dijiwa. Mula la Setan jadi ber-Maharajalela!!!
PETALING JAYA - Pelakon Zamarul Hisyam menganggap, pelbagai isu yang menghimpit keluarganya sejak kebelakangan ini adalah ujian yang mungkin mempunyai hikmah tersendiri.
Zamarul, 44, berkata, lebih mengejutkan semua isu berkenaan menjadi viral sehingga ia menarik perhatian masyarakat.
“Bagi saya, setiap apa yang timbul itu mempunyai hikmahnya dan kita sebagai manusia harus menempuh ujian itu dengan reda,” katanya kepada mStar Online.Zamarul diminta mengulas mengenai pelbagai masalah yang melanda keluarganya termasuklah rumah tangga melibatkan kakak iparnya, Linda Rafar dan juga Syed Aiman.
Syed Aiman dikatakan melafazkan talak terhadap Linda pada pagi Selasa lepas dan wanita itu telah mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini pada Jumaat lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.