Halaman

Ahad, September 13, 2015

KJ MASUK PKR, MAHFUZ BEAN YANG MEROYAN!!!

Hek eleh!!! Apa pasal pulak Si Mahfuz Bean tu yang nak meroyan tak tentu arah bila KJ umum masuk Parti Keluarga Rosak tu semalam sampai tahap dia nak buat dakwaan yang bukan - bukan?

Kenapa kalau bekas Ahli Parlimen atau ADUN dikalangan puak - puak PAS masuk parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu, Si Mahfuz Bean tu tak nak meroyan macam orang hilang akal pulak?

Dek kerana keputusan yang dibuat oleh Kamaruddin Jaafar atau digelarkan sebagai KJ oleh Si Mahfuz Bean tu umum masuk PKR semalam, puas dia kutuk Ahli Parlimen Tumpat tu tak ingat dunia.

Sampai tahap Si Mahfuz Bean tu membuat dakwaan KONONnya penyertaan Kamaruddin dan juga Si Mat Taib semalam sebagai satu usaha untuk 'Memutuskan Hubungan' PKR dengan PAS.
“Persoalan kedua dari penyertaan dua tokoh ini dalam PKR khususnya KJ yang turut membawa kerusi Parlimen Tumpat yang ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS sejak dari PRU ke10 pada tahun 1999 lagi ialah apakah pendirian PAS terhadap KJ dan PKR.

“Pada MP dan Adun yang sertai Amanah dikecam hebat dan dituntut melepas jawatan wakil rakyat. Jika KJ juga nak dikecam kerana membawa bersama kerusi Parlimen Tumpat ke dalam PKR, adakah PAS juga bersedia untuk mengecam PKR yang memujuk dan menerima KJ?.

“Sedangkan kepada mereka yang meninggalkan PAS khususnya Wakil Rakyat yang menyertai Amanah dianggap pengkhianat dan PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat, bagaimana pula hubungan kerjasama PAS dengan PKR selepas episod ini, apatah lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor yang diterajui PKR?


“Memandangkan PKR telah menerima KJ ahli Parlimen yang meninggalkan PAS. Orang yang melakukan perbuatan ini dianggap oleh Pimpinan PAS sebagai pengkhianat. Bolehkah PAS bertahaluf dengan PKR yang telah menerima Pengkianat PAS?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Persoalannya, Si Mahfuz Bean tu ada bukti ke terhadap tuduhan yang dibuat? Atau dia hanya sekadar membuat dakwaan tersebut melalui panggilan telefon 'Misteri' yang dibuat sebelum ini?

Walaupun dakwaan yang dibuat tu memang nampak seperti logik untuk diterima akal, tapi sejauh mana Kebenaran terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Si Mahfuz Bean tu sebenarnya?

Lagi pun, orang macam Si Mahfuz Bean ni pun bukannya boleh percaya sangat. Sebelum ni pun dia pernah KANTOI menipu dengan membuat panggilan telefon palsu depan wartawan. Inikan pulak dia nak buat dakwaan tanpa sebarang bukti yang sah. Lagi mudah la bagi dia!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.