Wah!!! Hebat! Takut orang pertikaikan pasal rumah tangga dia selepas dia keluar dari parti dan menyertai Parti Keluarga Rosak tu hari ini, pandai dia berikan alasan kata semuanya dah selesai.
Kalau dah selesai, kira bagus la tu. Takde la susah - susah dia nak mencari 'Cina Buta' untuk dijadikan sebagai sandaran. Takde la macam Si Hatta Ramli tu, menggelupor tak tentu arah dibuatnya.
Walaupun dia kata semuanya dah selesai, tapi hakikatnya, tindakan dia menjadi seorang Pengkhianat terhadap kepercayaan yang diberikan oleh parti sebelum ini tidak mampu diubah.
Kalau dah dasar Pengkhianat tu, maka Pengkhianat la jugak. Kalau terhadap parti yang berikan dia kepercayaan pun dia boleh Khianati, inikan pulak kesetiaan dia kepada Negara. Memang jahanam la jawabnya!!!
Cuma apa yang kita harapkan, jangan depan media je dia kata yang semuanya dah selesai. Tapi jangan dibelakang lain pulak jadinya. Lagi pun, dengan puak - puak ni bukannya boleh percaya sangat. Depan cakap lain, belakang cerita lain pulak!!!
PETALING JAYA - Bekas pemimpin kanan PAS Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan beliau sudah menyelesaikan segala isu berkaitan baiahnya dengan PAS sebelum 'berhijrah' ke PKR hari ini.
"Semua tanggungjawab dan tuntutan agama, sama ada dari sudut kafarahnya atau pun dari sudut takliknya, sudah saya laksanakan dan sudah dimaklumkan kepada pimpinan PAS," kata Ahli Parlimen Tumpat itu kepada Antarapos.
Pada pilihan raya umum ke 13, Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ali menandatangani baiah di Kelantan yang mengandungi peruntukan tambahan cerai taklik talak tiga jika mereka lompat parti dan tidak meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
Kamaruddin, Hatta dan 11 lagi bekas Ahli Parlimen dan ADUN PAS kini adalah wakil rakyat bebas setelah lompat parti, justeru dianggap melanggar baiah.
Kamaruddin menyertai PKR manakala Hatta dan bekas pemimpin PAS yang lain menerajui Parti Amanah Negara yang berdaftar secara rasmi namun dicanang sebagai sekutu kuat DAP.
Kamaruddin menegaskan beliau sudah menyelesaikan semua isu berkaitan dengan pelanggaran baiah dan tidak akan ke mahkamah syariah untuk merungkai status perkahwinannya.
"Itu sudah kita laksanakan semuanya mengikut kehendak agama Islam," katanya.Tiada kaitan dengan Mahkamah Syariah, sudah selesai," kata beliau yang dilihat sebagai penyokong kuat Ketua Umum PKR selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.