Halaman

Jumaat, September 11, 2015

TONY PUAKA "WAJIB" GUGUR DARI PAC!!!

Huh! Nampak gayanya tidak ada alasan lagi bagi Si Tony Puaka tu untuk terus kekal menjadi Ahli Jawatankuasa PAC Parlimen kerana penglibatannya dalam skandal Xavier Andre Justo.

Sama seperti Si Nurul Izzah, nama Si Tony Puaka tu juga turut disebut - sebut sebagai salah seorang individu yang terlibat dalam usaha untuk membeli maklumat palsu berhubung isu 1MDB.

Namun, berbeza dengan Si Nurul Izzah yang menggelupor tak tentu arah apabila dikaitkan dengan skandal tersebut, Si Tony Puaka tu masih belum mengambil sebarang tindakan perundangan.

Beberapa Ahli Kabinet hari ini menyatakan keinginan untuk mendesak agar Si Tony Puaka dikeluarkan dari menganggotai PAS serta merta kerana kredibiliti telah hancur dan meragukan.

Reputasi dan kredibiliti Si Tony Puaka amat teruk apabila dia terkantoi dipercayai turut terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan seperti yang pernah “dibedah” oleh pelbagai pihak.

Kembali semula kepada pembohongan Si Tony Puaka yangbermula pada 22 Julai lalu, dia secara terbuka mengaku bahawa tidak mengenali atau pernah mendengar nama Justo melalui lidah pembangkang iaitu The Malaysian Insider. 

Namun apabila tersebarnya pendedahan komunikasi WhatsApp antara Justo dan Clare Brown baru-baru, Si Tony Puaka tu dilihat mula terjerat dan terpaksa membuat pengakuan sebaliknya.

Pada tarikh 8 September lalu, Si Tony Puaka tu mendakwa bahawa dia terlibat memperkenalkan Clare Brown kepada editor The Edge iaitu pihak yang sukarela membeli dokumen dari Justo.

Rentetan daripada itu, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan lantang meminta agar Si Tony Puaka tu dilucutkan dari PAC sekiranya dakwaan tersebut benar.

Perkara yang sama turut di minta oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang tidak mahu kredibiliti dan nama baik PAC tercemar.

Sebagai salah seorang wakil pembangkang, sepatutnya Si Tony Puaka tu tidak boleh menyebelahi mana - mana pihak berhubung isu 1MDB sehingga siasatan oleh pihak Audit Negara selesai.

Walaubagaimana pun, sekiranya Si Tony Puaka tu tidak dibuang dari PAC, ia memberikan markah bonus kepada dia untuk terus mencanang cerita - cerita karut berkaitan dengan isu 1MDB ini dan menggunakan “jawatannya” sebagai Ahli PAC untuk mengelirukan rakyat!!!

2 ulasan:

  1. Inilah kredibiliti ahli politik pembangkang. Menipu, menipu dan menipu.

    BalasPadam
  2. Ya Allah selamatkanlah orang orang melayu islam di malaysia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.