Halaman

Khamis, Mei 19, 2016

DAPigs PUN BERBALAH ISU SOKONG MAHATHIR!!!

Nampak gayanya, isu mengenai sokongan kepada gerakan deklarasi yang diketuai oleh Mantan Perdana Menteri itu kini menyebabkan puak Pakatan Haprak tu mula berbalah sesama sendiri.

Jika sebelum ini, PKR dilihat semakin berantakan apabila Presiden parti itu tetap dilihat tidak memberikan sokongan secara terbuka terhadap gerakan yang dibuat oleh Tun Mahathir.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa kenyataan demi kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Wan Azizah serta keluarga Si Ketua Penipu tu menerusi laporan media.

Tambah menarik ialah apabila isu mengenai surat panjang lebar yang katanya datang dari Sungai Buloh Hq tu menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat sejak dua hari yang lepas.

Antara lain, isi kandungan surat itu memberi amaran kepada seluruh pimpinan PKR agar berhati - hati dengan gerakan yang sedang dijalankan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Kali ini, puak DAPigs pulak dilihat mula terkesan dengan perbalahan secara dalaman dikalangan pemimpin mereka apabila ada yang menyokong dan ada juga yang tidak menyokongnya.

Jika semalam, kenyataan yang dibuat oleh Si Tony Puaka itu dilihat seolah - olah tidak mempedulikan lansung surat panjang lebar yang katanya telah dikirimkan oleh Si Ketua Penipu tu.


Tapi lain pulak ceritanya dengan anak kepada mendiang Karpal Singh ni dimana dia menyifatkan sokongan kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia itu adalah 'Pilihan Terakhir'.
"Saya fikir beliau adalah orang yang terakhir jika kita ingin bekerjasama. Untuk beliau mengulas sama ada kita bersatu atau tidak, saya tidak fikir beliau berada dalam apa-apa kedudukan untuk menetapkan syarat kepada kami.
"Saya rasa ia adalah nasihat yang sangat tepat pada masanya dan peringatan tegas daripada Anwar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai agenda sendiri.
"Agenda yang malangnya tidak mencerminkan agenda reformasi. Itulah yang kita perlu tekankan. Seluruh agenda kami ialah untuk reformasi manakala Tun Mahathir tidak melambangkan pembaharuan," katanya.
Nah! Itu membuktikan bahawa bukan semua pihak dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri menyokong agenda deklarasi yang dibawa oleh Tun Mahathir. Malah mereka sendiri menyifatkannya sebagai satu gerakan yang bersifat peribadi semata - mata!!!

1 ulasan:

  1. Kasihan.......pembangkang
    Hentam saja lh labu.........

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.