Halaman

Khamis, Mei 19, 2016

PRK SG.BESAR: AZMIN JANGAN "KENCING" DIRI SENDIRI!!!

Rasanya, itu adalah pilihan yang terbaik buat Si Menteri Besar Selangor tu supaya dia tidak terus berteka - teki mengenai calon idaman hatinya bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar tu nanti.

Sebab jika kita lihat dari kenyataan yang dikeluarkan sejak akhir - akhir ini memperlihatkan seolah - olah Si Menteri Besar Selagor tu ada niat yang sengaja cuba disembunyikan dari pengetahuan orang lain.

Malah dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri mula meragui pilihan hati Si Menteri Besar Selangor tu berhubung kenyataan - kenyataan yang telah dikeluarkan sejak dua tiga hari ini.

Rata - rata, dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri sedar bahawa Si Menteri Besar Selangor ni lebih cenderung menyokong PAS sebagai calon tunggal bagi Pilihan Raya Kecil dikawasan tersebut.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila sebelum ini Si Menteri Besar Selangor tu dilaporkan telah berhutang budi dengan PAS kerana jawatan yang sedang disandangnya pada ketika ini.

Bahkan pendirian yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu untuk mengekalkan PAS sebagai sebahagian dari Rejim yang dipimpinnya pada ketika ini juga turut menjadi bahan pertikaian.

Walaubagaimana pun, sekiranya calon dari PAS itu yang menjadi pilihan hatinya, maka sudah pasti ianya akan merosakkan hubungan dia dengan komponen Pakatan Haprak tu yang lain.

Kita sendiri sedia maklum, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh DAPigs dan parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu itu sebelum ini sudah cukup jelas bahawa mereka tidak mahu PAS menjadi calon tunggal.

Namun sekiranya Si Menteri Besar tu tetap kekal berdegil dengan pilihan hatinya dan mahu PAS kekal sebagai calon tunggal, maka jentera Pilihan Raya Kecil pembangkang itu akan mengalami kecacatan.

Secara realitinya, DAPigs dan parti KUALI Si Mat Sabu tu sudah pasti tidak akan turun berkempen bagi memenangkan calon PAS yang mereka anggap sebagai 'Musuh Utama' pada ketika ini.

Maka persoalannya, siapa yang akan menjadi harapan Si Menteri Besar Selangor tu untuk membantu menjalankan kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil itu nanti tanpa sokongan dari DAPigs dan PAN?

Adakah Si Menteri Besar Selangor tu boleh bergantung harap kepada jentera partinya semata - mata sedangkan dalam masa yang sama mereka sendiri berhadapan dengan konflik dalaman yang cukup kronik?

Suka atau tidak, Si Menteri Besar Selangor tu perlu tampil berterus terang dengan rakyat secara umum dan juga kepada puak Pakatan tu secara khusus, siapa yang dia nak sebagai calon. Tak payah la dia nak 'Main Wayang' tak tentu arah dan cuba MENIPU diri sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Kawan arrkk, hud hud ada bagi bau azmin mau mr mgr tanding di sb dan pas dkk.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.