Halaman

Jumaat, Jun 10, 2016

PAS DAKWA PAN PARTI YANG SANGGUP "JUAL" APA SAJA!!!

PAS mengingatkan semua pihak bahawa barisan kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) terdiri daripada mereka yang sanggup membuat apa sahaja termasuk memfitnah demi meraih kuasa.

Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, disebabkan faktor itu beliau tidak terkejut dengan propaganda fitnah yang sedang dimainkan oleh PAN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Tegas beliau, propaganda fitnah oleh PAN itu sekadar menujukkan sikap yang pernah bekas pemimpin PAS terbabit cetuskan semasa mereka berada dalam PAS sebelum ini.

“Dahulu mereka menguasai. Buat pelbagai kaedah. Ada masa serang melulu lawan politik. Tetapi ada waktu lain mereka pukul diri sendiri untuk timbulkan simpati kononnya lawan memukul.

“Mereka sebenarnya tidak ada dasar berpolitik yang jelas. Agama pun boleh dimainkan mereka. Bayangkan permainan politik sebegini dilakukan terhadap rakyat?” katanya kepada pemberita hari ini.

Justeru, Mohd. Akmal berasa kesal kerana PAN yang sebenarnya mewakili DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini sanggup mencetuskan rasa tidak senang serta ketegangan dalam kempen mereka di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpinnya yang bertindak keluar parti selepas disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan PAS tahun lalu.

Mereka ditolak perwakilan PAS kerana didapati terlalu mengikuti telunjuk DAP serta taksub kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat seorang lelaki lain yang merupakan pembantu peribadinya.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.