Halaman

Jumaat, Jun 10, 2016

SEMINGGU KEMPEN, KELIBAT AZMIN BELUM MUNCUL!!!

Heh! Agak menghairankan juga apabila kelibat Si Menteri Besar Selangor tu sehingga ke hari ini masih belum kelihatan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

Ianya agak berbeza dengan apa yang dilakukan sebelum tarikh penamaan calon diadakan sebelum ini dimana Si Azmin tu dilaporkan 'berkampung' di Sungai Besar seusai Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Malah boleh dikatakan hampir setiap hari Si Menteri Besar Selangor tu dilihat 'turun padang', bertemu dengan rakyat di Sungai Besar dan turut mengadakan mesyuarat MMK di kawasan tersebut.

Tapi, menjelang hari penamaan calon, Si Menteri Besar Selangor tu dilaporkan telah 'Merajuk' kerana usahanya untuk berunding dengan PAS berhubung isu calon menemui kegagalan.

PAS dikatakan tetap berdegil mahu calon mereka bertanding di Sungai Besar kerana menganggap kerusi Parlimen itu sebagai kerusi tradisi yang biasa diorang tandingi dalam Pilihan Raya.

Keputusan dan pendirian tegas yang diberikan oleh PAS kepada Si Menteri Besar membuatkan dia bukan sahaja berasa kecewa, malah turut geram dengan keengganan PAS tunduk kepada kehendaknya.

Punya geram Si Menteri Besar Selangor tu sampai tahap dia memberikan kata dua berbaur ugutan kepada PAS untuk menggugurkan jawatan Exco Negeri yang disandang oleh 3 orang ADUN PAS pada ketika ini.

Si Menteri Besar Selangor tu juga turut dilaporkan 'Merajuk' apabila kepimpinan partinya sendiri pun tidak memberikan sepenuh sokongan kepadanya dalam usaha untuk memujuk PAS.

Rata - rata umum mengetahui bahawa hubungan PKR dengan PAS sudah tidak berapa baik semenjak parti itu membelakangi pilihan PKR untuk memilih Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Bahkan dalam masa yang sama, Wan Azizah juga turut memberikan amaran secara terbuka kepada Si Menteri Besar Selangor itu agar tidak masuk campur dalam Pilihan Raya Kecil kali ini.

Amaran yang berupa arahan itu diberikan dengan alasan PKR tidak mahu mengganggu keutuhan Rejim Pakatan yang kini semakin goyah dibawah pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu.

Jangan kata kelibat Si Menteri Besar tu tak kelihatan di Sungai Besar. Malah kenyataan media darinya juga tidak dapat dilihat dimana - mana platform sama ada didalam media sosial mahupun media Pro Pakatan.

Secara keseluruhannya, kita dapat lihat Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah telah dipinggirkan dan tersingkir dari menjadi sebahagian dari jentera kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.

Padahal sepatutnya dia yang menjadi ketua mengepalai kempen Pakatan Haprak tu. Tapi apakan daya, Si Menteri Besar Selangor tu takde ketokohan yang diperlukan untuk menjadi ketua. Jadi, tak payah la dia berangan - angan nak jadi Perdana Menteri pulak!!!

1 ulasan:

  1. Muhyiddin pun tak nampak. Lay low ke Muhyiddn? Ada kes dengan hakim ke?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.