Halaman

Jumaat, Februari 24, 2017

PEMUDA PAN DAKWA PKR DAN PPBM MASIH "BUTA"!!!

Tindakan PKR dan PPBM yang belum memuktamadkan rundingan dengan PAS hanya akan melengah-lengahkan usaha Pakatan dalam mengatur strategi memastikan kejayaan dalam PRU akan datang.

Ketua Pemuda PAN Terengganu berkata, sikap menunggu kedua - dua parti itu hanya menyebabkan masa semakin suntuk sedangkan tempoh pelaksanaan PRU ke 14 semakin hampir.

Menurutnya, pemimpin kedua-dua parti itu sepatutnya faham melalui kenyataan pimpinan PAS sebelum ini yang telah memberikan isyarat jelas untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pakatan.
“Malangnya PKR dan Bersatu masih mengharapkan agar pendirian Pas berubah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.
Malah katanya, ramai pihak yang hairan dengan sikap PAS yang seolah-olah merelakan pertandingan tiga penjuru sedangkan ia sama sekali jelas tidak menguntungkan parti PAS dalam PRU akan datang.

Bahkan, Ketua Pemuda PAN itu juga mendak, sekiranya perkara itu berlaku maka PAS akan menghadapi risiko kehilangan beberapa kerusi ddan sekali gus boleh menyebabkan parti itu menjadi ‘padang jarak padang tekukur’.

Bagaimanapun dia menganggap pendirian yang dibuat oleh pimpinan PAS sebelum ini mungkin berasas dan menjangkakan ia turut melibatkan ‘peranan’ UMNO yang berpotensi menyambung hayat Pas.
“Saya jangkakan BN tidak akan meletakkan calon mereka di Marang, Pengkalan Chepa dan beberapa kerusi parlimen dan Dun sebagai timbal-balas kerana mengizinkan pertembungan tiga penjuru berlaku. 
“Di kerusi lain, Umno akan tetap bertembung dengan Pas bagi menunjukkan bahawa tidak berlaku penggabungan antara kedua-duanya. Mereka tidak mahu dilihat berada dalam satu blok yang sama kerana jika perkara itu berlaku, sebahagian besar pengundi Pas akan beralih kepada Pakatan Harapan,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, pemimpin PAN itu sekali ingin memberi gambaran seolah - olah PAS mempunyai hubungan kerjasama Politik dengan UMNO, namun dia GAGAL membuktikan dakwaan tersebut dengan bukti yang kukuh!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.