Halaman

Jumaat, Februari 24, 2017

PEMUDA PAS ANGGAP PAN HANYA MENJAJA PERSEPSI MURAHAN!!!

Apa lagi yang mampu dibuat oleh pemimpin PAN ni selain dari menjadi Pencacai DAPigs sedangkan diorang sedar yang diorang tidak mempunyai pengaruh diperingkat akar umbi rakyat.

Maka atas sebab itulah PAN terpaksa menjaja cerita sensasi yang tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh sehingga ianya hanya sekadar layak dianggap sebagai 'Persepsi Murahan' semata - mata.

Apa yang jelas, Politik yang menjadi amalan dikalangan pemimpin PAN ni hanya layak dibaratkan sama macam orang yang berborak dikedai kopi. Cerita hebat, tapi bukti semua takde.

Hakikatnya, dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh PAN terhadap PAS selama hari ini hanya berdasarkan kepada andaian mereka. Bukannya sebab mereka ada bukti atau fakta yang benar.

Jika semalam, Pemuda PAN Terengganu mendakwa parti seperti PKR dan PPBM hanya sekadar menghabiskan masa berunding dengan PAS yang sudah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan Pakatan.

Malah, Pemuda PAN Terengganu itu juga turut menuduh PAS mempunyai hubungan sulit dengan UMNO bagi memastikan mereka kekal berkuasa dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.


Maka sebab itu Pemuda PAS Terengganu berani melabelkan tuduhan PAN terhadap parti itu sebagai satu taktik menjaja Persepsi Murahan untuk meraih sokongan simpati dari kalangan rakyat.

Bagi Pemuda PAS, tuduhan yang dilemparkan PAN terhadap parti itu selama hari ini yang mengaitkan hubungan sulit dengan UMNO hanya membuktikan PAN sudah ketandusan idea.
“Amanah kalau dia bertanding dengan Umno dia tidak menang dan dia mahu Pas pun tidak menang juga. Jadi sekarang dia buat kerja dia (sebar persepsi) untuk burukkan imej Pas. Apa yang disebut oleh Amanah itu adalah persepsi yang murahan, tidak bersandar pada fakta dan realiti,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Pokok pangkalnya, tindakan pemimpin PAN terus menyerang PAS dan menyebar dakwaan kononnya parti itu ada hubungan sulit dengan UMNO hanya sekadat menyerlahkan lagi keresahan dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Diorang tau, kalau takde PAS, Pakatan pun memang tak ke mana!!!

1 ulasan:

  1. Penjaja fitnah tak akan ke mana dlm politik negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.