Halaman

Sabtu, Februari 04, 2017

TIGA PENJURU DI TANJUNG DATU!!!

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu berdepan tentangan daripada calon Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Baru (PBDBS). 

Jamilah, balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akan dicabar oleh calon PBDBS, Rapelson Richard Hamit dan calon STAR, Johnny Bob Aput.

Calon Bebas, Asbor Abdullah yang turut mengemukakan borang pencalonan bagaimanapun ditolak. 

Pengumuman calon dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hamsien Atar pada kira-kira jam 10.15 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu di sini. 

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, Adenan, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lepas, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 Mei tahun lepas, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi. Jazolkipli hanya meraih 468 undi.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 4 Februari, pengundian awal pada 12 Februari manakala hari pembuangan undi pada 18 Februari.

1 ulasan:

  1. Kenapa pakatan tak bertanding? Teloq dah hilang ke?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.