Halaman

Sabtu, Februari 04, 2017

PAS-PPBM BERUNDING, GUAN ENG PULAK MEROYAN!!!

Heh! Nampak gayanya memang 'Panas Punggung' Si Guan Eng ni bila dengar PAS dan PPBM sedang menjalankan rundingan kerjasama Politik tanpa penglibatan DAPigs secara lansung.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, DAPigs ni memang nak menjadi 'Abang Besar' dalam Pakatan. Jadi, rundingan diantara PPBM dengan PAS itu dibuat diluar pengetahuan mereka.

Maka atas sebab itu Si Guan Eng tu mula 'Tak Terkeruan' dan menjadikan rundingan itu sebagai bahan modal Politik Murahan DAPigs dengan mempersoalkan pendirian PAS secara terbuka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DAPigs mempersoalkan pendirian PAS berhubung rundingan kerjasama dengan PPBM dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. 

Setiausaha Agung DAPigs itu berkata, ini kerana kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS semalam bercanggah dengan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat pada Rabu lalu antara PPBM-PAS.

Guan Eng berkata, sewaktu berjumpa dengan Mukhriz semasa menghadiri jamuan Rumah Terbuka Pakatan di Alor Setar malam semalam, Timbalan Presiden PPBM itu juga merasa keliru dengan kenyataan Hadi Awang.
"Mukhriz seolah-olah keliru berhubung perkara itu, kita akan membincangkannya pada 7 Februari apabila kita berjumpa di Kuala Lumpur," katanya.
Guan Eng berkata demikian bagi mengulas soalan mengenai pendirian DAPigs berhubung pertemuan PAS dan PPBM untuk membentuk jawatankuasa induk bagi membincangkan kerjasama dalam PRU14.

Hadi semalam dilaporkan berkata, pertemuan antara PAS dan PPBM pada Rabu lalu, belum membawa ke arah kerjasama kedua-dua parti. Sebaliknya, ia hanyalah pertemuan biasa atas permintaan PPBM.

Kenyataan Hadi itu muncul ketika mana pemimpin pembangkang lain menyambut baik perkembangan daripada pertemuan PAS-PPBM yang pada mereka memberi satu 'harapan' baru.

Justeru Guan Eng melahirkan harapan bahawa keputusan untuk bekerjasama atau sebaliknya antara kedua-dua parti akan dibuat secepat mungkin.
"Kami berharap untuk mendengar keputusan itu pada kadar segera, dan bukan hanya melalui media, kerana kita adalah sekutu, dan ini menjadi amalan Pakatan Harapan (PH)," katanya.
Tapi yang herannya, kenapa pulak Si Tokong DAPigs ni sibuk sangat nak masuk campur dalam rundingan yang diadakan diantara PAS dan PPBM tu? Rundingan diantara mereka tak melibatkan dia pun.

Apa yang jelas, tindakan Guan Eng ni memperlihatkan sifat DAPigs yang suka masuk campur dalam urusan orang lain dan cuba nak menjadi 'Abang Besar' dikalangan puak pembangkang tu. Kiranya, tanpa persetujuan DAPigs, rundingan diantara PAS dan PPBM tu tak laku!!!

1 ulasan:

  1. Dap meroyan takut kalah pru akan datang sbb ph semakin hari semakin celaru dgn karenah pemimpinnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.