Halaman

Jumaat, Februari 03, 2017

TUDUH HADI AWANG "DIKTATOR", NYONYA KOK TAK SEDAR DIRI!!!

Wah!!! Bukan main lantang lagi Si Nyonya Kok ni bersuara dan melabelkan Presiden PAS tu sebagai seorang pemimpin 'Diktator' ye. Kenyataan yang dibuat tu lebih kurang sama je dengan pendirian Azmin Ali.

Kalau sebelum ini, Si Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR tu melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang mengamalkan dasar 'Kuku Besi' kerana tidak mahu bergabung dengan Pakatan.

Tapi yang herannya, kenapa Si Nyonya Kok tu tak nak kaitkan hubungan kerjasama Politik tu dengan Feng Shui? Boleh sangat dia kata, buruk Feng Shui DAPigs jika bekerjasama dengan PAS. Bukan ke dia percaya sangat dengan benda - benda gitu?

Kali ini, kemarahan Si Nyonya Kok ni berpunca daripada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS yang mengkritik tindakan Lim Kit Siang kerana tidak memahami dasar Konsensus.

Kata Si Nyonya Kok, Khairuddin dan mana-mana pemimpin PAS yang mahu mempertahankan Presiden PAS itu dalam pertengkaran antara parti PR perlu tahu sikap “diktator” Hadi dan tidak patuh kepada dasar konsensus pakatan itu.

Tambah Si Nyonya Kok, sifat Diktator yang ditonjolkan oleh Hadi Awang itu dapat dilihat apabila Presiden PAS itu menolak keputusan Pakatan untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
“Satu hakikat yang tidak boleh diputarbelitkan ialah PAS membuat pusingan U mengenai pencalonan presiden PKR sebagai menteri besar Selangor.
“Konsensus adalah untuk mengemukakan calon tunggal bagi jawatan menteri besar Selangor – Wan Azizah – kepada Istana Selangor yang kemudiannya dan akhirnya ditolak Hadi.
“Itu adalah konsensus PR yang sepatutnya dihormati ahli-ahli parti pakatan, tetapi Hadi yang tidak menghadiri mesyuarat itu memilih untuk menolaknya,” kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, Si Nyonya Kok itu juga mendakwa, Hadi Awang adalah punca utama kepada perpecahan Pakatan sebelum ini dan bukannya DAPigs ataupun PKR sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang pasti, perpecahan dikalangan puak Pakatan Haramjadah tu semuanya berpunca daripada perlaksanaan agenda Langkah Kajang yang telah dirancang oleh Si Rafizi Ramli tu sebelum ini.

Dan tindakan Si Nyonya Kok tu pulak membuat dakwaan sedemikian terhadap Presiden PAS adalah kerana dia enggan mengakui kesilapan yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan partinya. Parti dia yang putuskan hubungan dengan PAS, bukannya orang lain!!!

2 ulasan:

  1. Nyonya bangkit isu lapuk. Sultan minta lebih drpd satu nama. Itu pun tak faham. Kalau satu dua tiga pun tak boleh beza itu bangang namanya.

    BalasPadam
  2. Diktator tu gelaran untuk penasihat PPBM, mana boleh bagi pada Hj Hadi pulak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.