Hah! Nampak gayanya 'Wayang Politik Sempit yang dipentaskan oleh PKR ni semakin bertambah kronik sehingga menyebabkan parti itu sendiri berada dalam keadaan kucar kacir pada ketika ini.
Namun, jika benar empat wakil rakyat parti itu bertindak melompat parti untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor sebagaimana yang didakwa membuktikan bahawa parti itu sedang 'Gawat'.
Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, secara tidak lansung dakwaan itu memberi kesan kepada kestabilan PKR sendiri.
"Isu lompat parti ini bukan baru. Ia akan keluar apabila ada pergeseran ada perkara-perkara baru dalam politik. Apatah lagi pembangkang. Jadi kalau benarlah ada PKR akan lompat parti, itu bermakna PKR berada dalam keadaan bahaya. Sangat bahaya, pada waktu ini.
"Jadi kita tunggulah, kalau betul jadinya PKR menghadapi PKR krisis yang teruklah pada saat ini. Kalau benar mereka akan keluar," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Baru - baru ini tersebar mesej di laman media sosial yang mengatakan bahawa empat ADUN PKR akan meninggalkan parti tersebut untuk menubuhkan kerajaan campuran yang baru.
Empat orang ADUN PKR yang dinamakan itu ialah Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi; ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari.
Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Besar Selangor semalam tampil membuat penafian terhadap dakwaan yang menular dilaman media sosial itu.
Azmin menyifatkan dakwaan itu timbul ekoran ada pihak yang cemburu dan sekadar ingin membuat provokasi jahat susulan kejayaan telah dicapai oleh Rejim Pakatan di Negeri Selangor.
Malah, beberapa pemimpin PKR lain termasuk Naib Presiden, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin turut menyangkal dakwaan berkenaan dan menegaskan ianya tidak benar sama sekali.
Namun bagi sesetengah pihak, dakwaan wujudnya pemimpin PKR yang mahu melompat parti itu hanya sekadar Propaganda PKR untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu yang sedang dihadapinya.
Pada ketika ini, PKR sedang hangat dilanda pelbagai isu kepimpinan dalaman termasuk penyelewengan kuasa dan wujudnya kes rasuah yang turut melibatkan dikalangan pemimpin parti itu.
Malah pendirian PAS berhubung isu kerjasama Politik dengan PKR juga membuatkan pemimpin parti itu tidak terkeruan dan menyebabkan mereka mula menjadi Paranoid tak tentu arah.
Maka tidak salah jika ada yang berpendapat menyatakan bahawa puak PKR tu sendiri yang sengaja mencetuskan isu ADUN melompat parti sebagai taktik untuk mengalihkan perhatian rakyat. Lagi pun, orang dalam keadaan terdesak ni memang dia sanggup buat apa sahaja!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.