Halaman

Sabtu, Mei 06, 2017

"GURAUAN" RAFIZI KINI JADI LIABILITI PKR!!!

Semakin hari semakin ramai orang yang mula menyampah dengan PKR. Ternyata diorang ni datangnya dari kalangan mereka yang bukan sahaja suka menjadi 'Pak Dulang Paku Serpih'.

Malah mereka juga kini dilihat sebagai golongan pemimpin yang MUNAFIK dari sudut mengamalkan Politik Songsang yang hanya tahu nak mencari salah orang lain semata - mata.

Dan keadaan itu semakin bertambah buruk apabila Rafizi yang diiktiraf sebagai 'Pakar Strategi PKR' sering kali mengundang rasa kurang senang dikalangan rakan - rakan partinya sendiri.

Mana tidaknya. Sebelum ini dah berapa banyak kali Si Rafizi tu tampil membuat 'Gurauan Melampau' yang akhirnya menyebabkan PKR terjerumus dalam kontroversi yang tidak diundang.

Malah pepatah orang putih juga melabelkan Si Rafizi ni suka "cried wolf too often” kerana terlalu kerap dia melaungkan “serigala datang serigala datang” sehingga apabila betul serigala datang orang sudah tidak percaya lagi.

Dan 'Serigala' yang datang tu pulak bukannya dari luar. Sebaliknya dari kalangan pemimpin puak Pakatan Haprak tu sendiri sehingga membuatkan Si Rafizi tu pulak yang terpaksa mendiamkan diri.

Kini, ramai yang melihat Si Rafizi itu mula mengalami defisit kepercayaan dari kalangan rakyat. Orang ramai sudah tidak hairan lagi dengan pendedahan yang dibuat oleh Si Rafizi ini lagi.

Malah, jika Si Rafizi tu dedah apa ada dalam seluar dia sendiri pun, orang sudah tidak ambil peduli. Kes Si Rafizi adalah berkaitan dengan masalah “messenger” dan bukan 'Mesej' yang cuba disampaikan.

Dalam erti kata lainnya, reputasi Si Rafizi sebagai seorang 'Whistleblower' kini sudah hancur. Bahkan dia ada rekod mengheret ramai orang masuk neraka kerana fitnah cincin dan juga kes fitnah kondo.

Selain itu, Si Rafizi ni juga ada 'Track Record' menabur fitnah sehingga menyebabkan ratusan umat Islam di Malaysia hilang kelayakan untuk pergi menunaikan fardhu Haji ke Mekah.

Kini Si Rafizi tu sedang sibuk gaduh dengan Si Tipah Koyak dan Adam Disneyland, Anak Ikan Si Mak Lampir tu pula. Dah habis orang luar menjadi mangsa, kini Rafizi berperang sama sendiri.

Memang jauh perjalanan politik Si Rafizi ni hingga terlihat transformasi dirinya dari menjadi "Asset" kepada PKR dan pembangkang sebagai pengalih isu kini menjadi "Liabiliti" pula.

Amalan Politik ciptaan dan reka fitnah yang selama ini menjadi 'Makanan' Rafizi kini mula memakan dirinya sendiri. Dia pulak yang terkontang kanting menjawab isu yang dibangkitkannya.

Kini Rafizi sedang berada dalam kemelut menjawap punca dananya berkenaan Invoke dan dari mana datang dana itu. Tentu ada sebab pihak yang biayai projek Rafizi dan memberinya dana.

Berapa upah dan habuan yang telah diperolehi oleh Si Rafizi tu melalui NGO Propagandanya sehingga menyebabkan dia sanggup menyusahkan rakyat dengan pelbagai cara?

Kini musuh Si Rafizi tu semakin bertambah ramai. Malahan bukan sahaja dari pihak Barisan Nasional. Bahkan musuh Rafizi ini terdiri dari kalangan puak pembangkang tu sendiri.

Dari Tipah Koyak, Mak Lampir Zuraidah sampai lah ke Adam Disney. Si Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tu apatah lagi. Memang dia menjadi 'Prime Target' untuk diserang oleh Si Rafizi ni.

Secara kesimpulannya, 'Pakara Strategi PKR' ini seharusnya diberi motovasi agar dia meneruskan lagi gerak kerja yang sedang dilakukan pada ketika ini. Sama - sama kita terus memberikan sokongan kepadanya agar 'Usaha Murni' yang dilakukan mencapai sasaran!!!

1 ulasan:

  1. typical bapuk gay dia ni...sengaja ingin mencari populariti walaupun tahu bakal memakan diri..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.