Halaman

Rabu, Mei 31, 2017

NIK ABDUH "SEKOLAHKAN" PAN JUAL NAMA NIK AZIZ!!!

Buat sekian kalinya, kenyataan yang dibuat oleh Nik Abduh ni sudah pasti akan mengundang rasa kurang senang dikalangan pemimpin PAN yang sibuk menjual nama Allahyarham Nik Aziz.

Jelas, tindakan PAN yang cuba mempergunakan nama bekas Menteri Besar Kelantan itu membuktikan bahawa parti itu sedang kemaruk nak menagih sokongan simpati dari kalangan rakyat.

Dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, Nik Abduh tampil menempelak dakwaan pemimpin PAN yang mengaitkan Allahyarham Nik Aziz dengan sepotong ayat dari surah Hud.

Katanya, ada beberapa pemimpin PAN ketika menyampaikan ceramah di Kelantan menggunakan nama ayahnya dengan ayat al-Quran berhubung larangan cenderung kepada orang berlaku zalim.

Nik Abduh mendakwa, PAN cuba menghasut rakyat dengan mendakwa kononnya PAS cenderung menyokong UMNO yang mereka anggap sebagai sebuah parti Melayu yang zalim kepada rakyat.
“Ayat 113 dari Surah Hud yang dibaca oleh arwah ayah saya ketika itu disebabkan UMNO menolak hukum hudud. Sekarang UMNO menyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dan mereka tidak lagi zalim dalam melanggar perintah Allah.
“Tapi pemimpin PAN datang ke Kelantan, mereka baca ayat ini untuk menakutkan orang ramai agar tidak bersama Pas yang nampak cenderung kepada UMNO, sedangkan bagi mereka UMNO adalah zalim,” katanya dalam satu ceramah politik di Pasir Mas malam kelmarin.
Menurut Nik Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Pas sehingga kini tidak pernah memeterai sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah masih menegur parti itu seperti biasa.

Sebaliknya Nik Abduh turut membuat dakwaan bahawa PAN yang cenderung kepada orang yang zalim kerana parti itu bersekongkol dengan DAPigs yang jelas menolak hukum - hukum Islam.
“Ketika UMNO tidak setuju dengan hudud, DAP yang setuju dengan enakmen itu tuduh UMNO zalim lawan al-Quran. Sekarang UMNO menyokong RUU355 tapi DAP pula tidak setuju dan PAN menyokong DAP. Siapa yang zalim sekarang?
“Kalau PAN tuduh Pas condong kepada orang zalim seperti berbaik dengan UMNO, kita juga ada hak menuduh PAN condong dan cenderung kepada orang zalim iaitu DAP.
“Tentunya kita belum ada lagi tahaluf siyasi dengan UMNO, tapi PAN sanggup langgar baiah dengan Pas untuk bersama DAP dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Maka atas dasar itu, Nik Abduh juga turut berharap agar rakyat yang juga pengundi di Kelantan menolak perjuangan PAN yang didakwa tidak ada hala tuju untuk memperjuangkan kepentingan rakyat melainkan mereka hanya berkiblatkan DAPigs!!!

1 ulasan:

  1. Pan dipimpin oleh mereka yg lapar jawatan dlm parti tetapi kalah semasa pemilihan lalu keluar buat parti baru dgn dokongan dap. Tak hairan jika mereka selalu fitnah pas kerjasama dgn umno sbb dendam kesumat berakar umbi dlm hati.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.