Heh! Nampak sangat yang kepimpinan PKR ni semuanya jenis yang tak reti hormat kepada institusi Raja - Raja Melayu di Malaysia ni. Balik - balik diorang juga yang suka buat hal tak tentu arah.
Tu pun kira nasib baik la takde pemimpin PKR yang berani menentang keputusan yang dibuat berkaitan kedudukan tiga orang Exco PAS dalam pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.
Kalau ikutkan hati diorang, ada jugak yang nak bersuara. Tapi disebabkan diorang ni jenis yang suka 'Main Belakang' maka terpaksa la diorang berlakon mendiamkan diri dari memberi komen.
Itu benda yang diorang buat secara tersembunyi. Yang dilakukan oleh pemimpin PKR sekor ni dibuat secara terbuka menentang titah Sultan Selangor yang tidak mahu Masjid dijadikan pentas Politik.
Menurut laporan yang disiarkan semalam, Sultan Selangor dikatakan murka dengan tindakan Ahli Parlimen PKR Subang yang bukan sahaja menjadikan Masjid sebagai pentas Politik.
Bahkan tindakan pemimpin PKR itu juga turut melanggar peraturan Majlis Agama Islam Selangor untuk tidak membenarkan mana - mana pihak memberi ceramah tanpa mendapatkan tauliah.
“Seperti mana ucapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada majlis berbuka puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam, semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tiada tauliah memberi ceramah,” katanya lapor Berita Harian Online.
Jelas tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR ini bukan sahaja tidak menghormati Masjid sebagai tempat ibadah umat Islam. Malah dia juga tidak menghormati titah tuanku Sultan.
Tindakan itu membuktikan bahawa puak PKR ni sengaja mahu mencetuskan provokasi menentang sistem Perlembagaan Negara walaupun mendakwa diorang turut memperjuangkan kedaulatan Perlembagaan tersebut.
Apa yang pasti, dasar perjuangan PKR dan puak Pakatan Haprak tu sudah cukup nyata membelakangi tuntutan Perlembagaan dengan menghina institusi Raja - Raja Melayu dan agama Islam itu sendiri secara terbuka!!!
Tangkap AJK kurong lokap 3 minggu. Test tengok.
BalasPadamsalah nazir masjid&ajk jgk....kena hulur dedak sikit babi pun akan dibenarkan masuk masjid....
BalasPadam