Halaman

Jumaat, Jun 02, 2017

ADAKAH MUHYIDDIN JUGA "TUNGGUL KAYU" DALAM PPBM???

Herankan? Sejak kebelakangan ini mula timbul suara - suara sumbang dikalangan pemimpin PPBM sendiri yang tampil mempertikaikan kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu.

Malah kelemahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menjadi diantara penyebab kenapa semakin hari semakin ramai ahli serta pemimpin PPBM mula meninggalkan parti tersebut.

Namun, seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, kelemahan Presiden parti serpihan UMNO itu cuba ditutup dengan menjadikan orang lain sebagai 'Kambing Hitam' yang mahu dipersalahkan.

Tiba - tiba nama Kak Midah, Naib Presien PPBM itu pula yang menjadi sebutan dikalangan pemimpin PPBM yang mendakwa dia menjadi dalang disebalik tindakan yang diambil oleh ahli parti tersebut.


Apa yang pasti, kelemahan Muhyiddin sebagai seorang pemimpin tertinggi parti tidak dapat dinafikan lagi apabila dia GAGAL meyakinkan ahli serta pemimpin terhadap kepimpinannya.

Bahkan kelemahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga semakin jelas apabila dia terus dibayangi oleh aura Tun Mahathir selaku Pengerusi PPBM dan menjadikan Muhyiddin semakin terpinggir.

Boleh dikatakan, apa sahaja arahan serta kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin selaku Presiden parti tidak diambil peduli oleh ahli. Sebaliknya mereka menurut perintah Tun Mahathir.

Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Sohaimi Shahadan berkata, peranan Muhyiddin seolah-olah terpinggir sehingga menampakkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu seperti boneka.
"Kalau kita lihat juga Tan Sri Muhyiddin sebelum ini sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia juga seolah-olah terpinggir. Bila dia jadi Presiden PPBM ini dia harapkan ramai yang sokong dan keluar parti tidak berlaku. Dia harapkan dia boleh menjadi 'super power' itu tidak berlaku. Kerana Tun M sendiri membayangi PPBM ini.
"Yang kita lihat kalau sebenarnya dalam membuat keputusan parti itu biasanya biarlah kelompok majlis tertinggi ataupun ada kumpulan yang begitu kuat ataupun juga berterusan (constant).
"Tetapi dalam PPBM ini apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir, itulah yang menjadi dasar dan diikut. Jadi seolah-olah Tan Sri Muhyiddin pun hanya menjadi boneka dan mengikut apa yang Tun Mahathir mahu dan arahkan," katanya dalam temu bual bersama Antarapos baru-baru ini.
Dalam erti kata mudahnya, nasib yang menimpa Muhyiddin Yassin hari ini lebih kurang sama je dengan Wan Azizah dalam PKR dimana dia hanya dianggap sebagai 'Tunggul Kayu' dalam partinya sendiri dan tidak dipedulikan oleh ahli - ahli parti!!!

1 ulasan:

  1. Tolong lah jgn cakap TSMY tu tunggul.. tak elok... dia tu cuma kayu api aje.. tunggu masa kena bakar dan hangus jadi abu dan arang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.