Halaman

Khamis, Jun 01, 2017

NURUL IZZAH HANYA IBARAT YB "TOUCH n GO"!!!

Sejak menang Pilihan Raya melalui cara menabur fitnah terhadap calon lawan, Si Nurul Izzah ni hanya diibaratkan seperti wakil rakyat 'Touch n Go' kerana tidak benar - benar berkhidmat di kawasannya sendiri. 

Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang dipetik wawancara bersama Malaysiakini berkata, kenyataannya itu mungkin seperti berat sebelah namun ujarnya, hanya pengundi di kawasan tersebut yang memahami situasi sebenar. 
"Orang mungkin akan kata saya berat sebelah. Saya rasa lebih baik tanya kepada pengundi-pengundi di sini. Pada saya, cara dia hanya touch and go. Dia datang, ambil gambar dan tularkan di Facebook. Apa yang dia buat?
"Tapi banyak apa yang dia ditularkan, kita yang usahakan kerana sesetengah isu tidak boleh diselesaikan dalam masa satu hari,” katanya dalam wawancara bersama portal itu.
Nong Chik juga menambah, Nurul Izzah lebih cenderung memperjuangkan isu antarabangsa sedangkan isu kebajikan rakyat di kawasan sendiri terabai dan kerap meminta bantuan daripada Umno-Barisan Nasional (BN).  
"Mereka (masyarakat) macam menganggap (Nurul Izzah) wakil rakyat untuk luar (kawasan). Macam di Lembah Pantai ini ada dua wakil rakyat.
"Satu wakil rakyat untuk berikan servis antarabangsa, macam menteri luar. Satu lagi bila bab tempatan, mereka akan rujuk pada Umno dan BN termasuk isu-isu melibatkan bantuan dan sebagainya. Mana yang kita mampu kita akan bantu," katanya lagi.
Beliau menafikan bantuan yang dihulur kepada penduduk setempat bertujuan untuk meraih undi. Sebaliknya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, aktiviti turun padang sudah sebati dengannya sejak menceburi politik pada 1980an

1 ulasan:

  1. Orang yang undi Nurul Izzah samada buta atau bengong.. ini bukan YB Touch and Go.. YB biskut Oreo oun bukan.. ini adalah YB kaki fitnah dan penipu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.