Bila dah tak dapat modal nak membuktikan kebenaran, sekarang dia main tabur fitnah pulak? Kiranya, takde la hebat sangat ilmu debat Si Ketua Armada PPBM ni. Standard budak tadika je.
Memang patu sangat la Ketua Armada PPBM ni digelarkan sebagai 'Budak Hingusan' oleh bekas pengikut Tun Mahathir tu. Nampak sangat yang dia cukup mentah dalam mainan Politik hari ini.
Jika sebelum ini, Exco bawahan dia menuntut Kebenaran dari pucuk pimpinan parti. Namun malangnya, tuntutan yang dibuat itu hanya disambut dengan tuduhan fitnah semata - mata.
"Didalangi UMNO", "Diberi Dedak", "Desakan Hidup". Adakah hanya itu jawapan yang mampu diberikan oleh seorang yang selama ini cukup BANGGA digelarkan sebagai 'Pendebat Terbaik Dunia'?
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Ketua Armada PPBM itu mendakwa Exco bawahannya sedang menghadapi desakan hidup sehingga menyebabkan mereka 'menjual diri' kepada UMNO.
“Sedia maklum sebelum ini dah ada pemimpin Armada yang jual maruah diri, mungkin ada contact dengan Raja Petra. Tiba-tiba lepas ni akan kata betul Saddiq ada maklumkan, sedangkan ketiga-tiga ini yang paling bermasalah untuk hadir mesyuarat dan sebagainya.
“Tiga exco Armada ini banyak kali tidak hadir, panggilan telefon tak jawab. Banyak juga diberi peluang secara terbuka dan tertutup untuk bertanya kepada pimpinan berkenaan serangan mereka terhadap parti.
“Sumber UMNO kata, mereka telah dibeli, skrip sama buat sidang akhbar TV3 saja yang hadir, main isu tersebut setiap hari berganti tiga orang.
“Walaupun mereka buat begitu, pada saya mereka tetap kawan saya, saya tahu keperitan hidup mereka terutama dari segi kewangan. Tapi maaflah memang dalam PPBM kita tidak bagi elaun, semua guna duit sendiri,” katanya.
Setakat buat tuduhan macam tu, tak payah ada gelaran 'Best Debater' pun tak pe. Cukup hanya sekadar dia belajar setaraf dengan Si Mahfuz Bean yang setakat 'LULUS SRP' pun boleh buat.
Dan tampil menafikan dakwaan yang dikemukakan oleh Ketua Armada PPBM itu, Exco yang dinyatakan menuntut bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan dan bukan hanya sekadar bercakap sahaja.
Maka sekarang, Si Ketua Armada PPBM itu sedang diuji sejauh mana Kebenaran yang diperjuangkan selama hari ini. Adakah dia bercakap benar ATAU hanya sekadar menabur fitnah semata - mata? Kalau dia setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.