Halaman

Rabu, Jun 21, 2017

MASIH "KEJAM" LAGI KE MAHKAMAH DI MALAYSIA NI RAFIZI???

Memang mujur betul mahkamah di Malaysia ni semuanya Zalim terhadap pemimpin Pakatan Haprak ni. Nak pulak kepada Si Rafizi tu. Banyak kali dah dia 'Dizalimi' dengan keputusan mahkamah ni.

Jika sebelum ini, dah beberapa kali Si Rafizi tu 'terselamat dan diberi 'kelonggaran' apabila dia dijatuhkan hukuman sehingga menyelamatkan jawatan dia sebagai seorang Ahli Parlimen digugurkan.

Pun keadaan itu tidak dianggap sebagai satu keadilan oleh puak Pakatan Haprak ni yang masih lagi mempersoalkan ketelusan mahkamah serta sistem kehakiman yang ada di Malaysia.

Semua dakwaan itu hanya semata - mata kerana pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Si Ketua Penipu tu kerana meliwat bekas pembantu peribadinya sendiri sebelum ini.

Dek kerana itu, puak Pakatan Haprak tu sering kali memberikan gambaran buruk terhadap sistem kehakiman Negara yang didakwa tidak telus dan bersikap kejam terhadap pemimpin Pakatan.

Tapi, apabila keputusan mahkamah itu menyebelahi mereka, takde pulak diorang nak bising - bising? Takde pulak diorang nak keluarkan kenyataan yang memuji sistem kehakiman Negara?

Dan buat sekian kalinya, Si Rafizi tu sendiri menerima layanan 'Kejam' seperti mana didakwa selama ini apabila dia dibenarkan untuk membuat rayuan bagi kes fitnah yang sedang dihadapinya.
PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik sebuah portal berita diberi kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan hari ini untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak pembelaan mereka bagi komen adil dalam satu saman fitnah.
Kedua-duanya disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan Rafizi yang didakwa memfitnah mereka pada satu forum mengenai subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.
Panel 3 anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum memberikan kebenaran itu kepada Rafizi dan Chan Chee Keong.
Secara tidak  lansung, keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah Persekutuan itu sekali gus menafikan dakwaan yang telah disebarkan oleh puak Pakatan Haprak tu selama hari ini. Itu membuktikan sistem kehakiman di Negara ini masih lagi ADIL biarpun terhadap seorang Kaki Fitnah seperti Rafizi!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.