Halaman

Rabu, Jun 07, 2017

AKIBAT KRONISME, MUHYIDDIN DISAMAN BEKAS AKTIVIS!!!

Bekas Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin, hari ini memfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan memfitnah beliau.

Mohd. Anas selaku pihak plaintif menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal dengan mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkannya sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’ dan ‘tupai’.

Pada 5 April lalu, pihak plaintif telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan 500 ahli PPBM keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti.

Berikutan daripada pengumuman itu oleh pihak plaintif itu, pihak defendan telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokannya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya.

Kenyataan tersebut menurut pihak plaintif antaranya, menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan defendan daripada terus memfitnahnya.

Mohd. Anas mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli Umno serta hala tuju parti yang kabur.

1 ulasan:

  1. Kena kat batang hidung kata orang tidak berperinsip, tang dia kata totok dan hina dap balik- balik duduk seja...berperinsip sangatlah tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.