"Anwar Ibrahim has created Enough Troble for the country. Anwar Ibrahim harus BERTAUBAT!!!" Itu diantara bait - bait wasiat terakhir yang dibuat oleh mendiang Karpal Singh.
Entah kenapa tiba - tiba teringat pulak kepada wasiat yang ditinggalkan oleh Si Karpal Singh tu. Entah kenapa mendiang Pengerusi DAPigs tu marah sangat pada Si Ketua Penipu tu gamaknya.
Tapi walau apa pun sebab yang membuatkan Si Karpal tu marah sehingga sanggup suruh Si Ketua Penipu tu bertaubat, nampak gayanya wasiat itu masih tidak dimampu dipenuhi oleh Anwar.
Sebaliknya, Si Ketua Penipu tu sehingga ke hari ini masih lagi menimbulkan masalah kepada Negara dan dia tetap tidak bertaubat biarpun sudah disumbatkan ke dalam penjara Sungai Buloh.
Yang terbaru, Si Ketua Penipu tu dilaporkan 'Tersangat Marah' apabila mendapat khabar berita yang mengatakan bahawa bekas bosnya mahu kembali menjadi Perdana Menteri Pakatan.
Katanya, Si Ketua Penipu tu tidak selesa apabila mengetahui tentang hasrat Tun Mahathir dan menegaskan sebarang keputusan mengenai jawatan penting tersebut perlu diputuskan secara konsensus.
“Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan. Seseorang tidak menjadi menawarkan diri menjadi Perdana Menteri begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan,” kata beliau yang dipetik semasa bertemu media di kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini.
Minggu lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM mengakui bahawa dia berkemungkinan terpaksa mempertimbangkan menjadi Perdana Menteri semula sekiranya itu yang dimahukan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAPigs.
Pengakuan itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai calon Perdana Menteri daripada Pakatan memandangkan Kongres Nasional PKR bulan lalu telah membuat penegasan mahu Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
Jika dibaca dari satu sudut, kenyataan 'Marah' Si Ketua Penipu tu menunjukkan yang PKR ni mengamalkan Politik 'Dwi Standard' dimana mereka boleh buat sesuka hati, tapi orang lain tak boleh.
PKR boleh menentukan siapa calon Perdana Menteri melalui Kongres Nasional parti itu dengan memaksa Kit Siang angkat plakad "Anwar PM ke 7" sedangkan pencalonan itu tidak melalui konsensus.
Tapi bila Tun Mahathir mencalonkan diri dia sendiri, dah tak boleh pulak. Apa salahnya kalau Tun Mahathir tu bercita - cita nak menjadi Perdana Menteri semula? Berdosa besar ke jika bekas Perdana Menteri tu nak memberi laluan kepada Anak dia menggantikan tempat dia kelak!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.