Yeah!!! Seperti mana yang diduga, ayat sendu yang diluahkan oleh Si Ketua Penipu tu hanya sekadar perangkap samar yang sengaja dicetus untuk meraih sokongan simpati dari rakyat secara umum.
Jika tadi kita dah boleh baca spekulasi yang cuba dicetuskan oleh Si Ketua Penipu tu bila dia berikan alasan kononnya dia tak nak jawatan Perdana Menteri kerana nak beri tumpuan kepada PRU.
Benda tu memang sudah boleh diduga tatkala pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri yang mula bertelagah sesama sendiri bagi menentukan siapa calon Perdana Menteri diantara mereka.
Lagi pun, Si Ketua Penipu tu tau, cara mudah untuk dia mendapatkan kembali sokongan padu dari kalangan penyokong tegarnya adalah dengan kaedah mengeluarkan ayat sendu sedemikian.
Dengan cara itu, baru la semua ahli serta pemimpin PKR tu bersatu menyokong pencalonan dia seperti mana yang telah dirancang selama hari ini tanpa ada sebarang pertikaian sesama mereka.
Seandainya Si Ketua Penipu tu tak buat kenyataan tersebut, sudah pasti para pemimpin serta ahli PKR akan terus bertelagah sesama sendiri seperti mana yang sedang berlaku pada hari ini.
Kalau dilihat dari sudut, taktik Si Ketua Penipu tu pernah digunakan oleh Tun Mahathir yang menangis atas pentas sewaktu dia kata dia nak lepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum ini.
Kiranya, Si Ketua Penipu tu kitar semula je skrip "Dah Lama Dah!" yang pernah Tun Mahathir pada suatu ketika dahulu untuk meraih sokongan simpati murahan dari kalangan rakyat.
Isu berkaitan dengan pencalonan jawatan Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak tu mula timbul selepas pemimpin PPBM menolak nama Si Ketua Penipu tu sebelum ini.
Ianya kemudian menjadi semakin hangat apabila Pengerusi PPBM sendiri menyatakan hasrat mahu kembali menjawat jawatan tersebut biarpun sudah melepaskannya beberapa tahun yang lalu.
Tindakan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengikut - pengikut setia PKR yang tetap mahu Si Ketua Penipu tu menjadi Perdana Menteri.
Melalui perancangan yang disusun oleh PKR, jawatan Perdana Menteri itu akan disandang oleh Wan Azizah sebagai 'Pemanas Kerusi' sementara menunggu Si Ketua Penipu tu keluar dari penjara.
Pokok pangkalnya, apa yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu menjadi apabila ada dikalangan ahli serta pengikut PKR yang meluahkan rasa kurang senang mereka dengan pendirian Si Ketua Penipu tu. Pusing - pusing, kena kencing je la korang ni!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.