Halaman

Isnin, Jun 19, 2017

BAHANA BILA PEMIMPIN JADI MUNAFIK!!!

Inilah bahananya bila pemimpin atasan menjadi orang yang MUNAFIK bila berbicara. Penyudahnya, orang bawahan pun naik menyampah dengan pemimpin yang sedia ada sampai keluar parti.

Jika semalam, pemimpin PPBM ni tampil mendakwa kononnya Kebebasan Hak Bersuara ni perlu ada batas tertentu supaya apa sahaja tindakan yang dilakukan tidak dilihat seperti diperalatkan.


Tapi IRONIKnya, sewaktu mereka berada dalam UMNO, mereka juga yang menuntut Hak Kebebasan bersuara mutlak daripada pucuk pimpinan supaya bersifat jujur kepada mereka dibawah.

Mungkin disebabkan sifat Retorik yang dipamerkan oleh pemimpin PPBM itu yang membuatkan ahli diperingkat bawahan mengambil tindakan drastik dan meninggalkan parti tersebut.

Tindakan itu dapat dilihat apabila seramai 200 orang ahli muda parti itu di Melaka telah membuat keputusan untuk keluar dari PPBM dan kembali semula menyertai UMNO baru - baru ini.

Bekas Penyelaras Armada PPBM Melaka, Mohd. Hafiz Iskandar Jamil berkata, keputusan tersebut diambil ekoran kekecewaan mereka dengan perjuangan tidak menentu selain sikap pucuk kepemimpinan parti.
“Apa yang saya lihat sepanjang berkhidmat dalam PPBM, parti ini tidak menunjukkan perjuangan sebenar mereka untuk membela anak bangsa, sebaliknya hanya mempergunakan tenaga kami untuk menjayakan majlis PPBM dan sebagainya.
“Justeru, saya bersama 200 ahli Armada PPBM merasakan perlu untuk tidak melawan arus dan memilih untuk bersama UMNO dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menye­rahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di Kampung Pulau di sini, Sabtu.

Pokok pangkalnya, tindakan bekas anak muda PPBM ini perlu dijadikan ikhtibar kepada pemimpin atasan supaya mereka tidak mengamalkan sifat MUNAFIK dan jangan suka sangat beretorik dalam Politik. Tindakan mereka itu akan membuatkan orang muda cepat muak!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.