Heh! Tak berkesudahan nampak gayanya kemelut yang melanda Ketua Armada PPBM ni. Kalau sebelum ini, anak buah dia sendiri tampil mempertikaikan skandal pucuk pimpinan parti.
Tapi tak heran la kenapa Ketua Armada PPBM tu mengamuk sakan apabila ada dikalangan anak buah dia yang dah mula berani bersuara secara terbuka. Rupa - rupanya ada rahsian yang cuba disembunyikan.
Katanya, sebelum Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuat serangan kedua terhadap 1MDB pada 15 Jun 2017, Ketua Armada PPBM itu mengetahui maklumat tersebut dan memberitahu tiga orang Exco pemudanya.
Pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila melibatkan budak mentah seperti Syed Saddiq dalam perancangan sulitnya.
“Apa yang kita tahu ialah Syed Saddiq ada dalam pertemuan dengan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin merancang pengumuman AS-DoJ pada 15 Jun 2017.
“Selepas mesyuarat dengan Mahathir dan Daim, Syed Saddiq memanggil tiga orang Exco Armada untuk memberi penjelasan mengenai apa yang akan berlaku,” dedah RPK dalam artikel bertajuk “Syed Saddiq Knew The US-DoJ Attack Was Coming“.
Dakwa RPK, dalam pertemuan dengan tiga Exconya, Ketua Armada PPBM itu telah memberitahu bahawa Daim membelanjakan RM50 juta untuk menjayakan operasi itu dan sebahagiannya dibayar kepada Yayasan Clinton.
“Syed Saddiq juga memberitahu tiga Exco Armada bahawa RM50 juta dibelanjakan untuk operasi ini (ada yang disalurkan kepada Sarawak Report) dan Yayasan Clinton menerima AS $ 5 juta, atau kira-kira RM22 juta daripada RM50 juta itu, dan Daim yang menyusun pembayaran itu melalui ‘orang tengah’.
“Sama ada Syed Saddiq patut mendedahkan maklumat yang sangat sulit dan merosakkan kepada tiga Ahli Exco Armada ini tidak diketahui sebabnya tetapi ianya hanya menunjukkan betapa mentah budak ini.
“Itulah sebabnya jangan mengarahkan budak melakukan kerja orang dewasa. Dan hakikat bahawa apa yang dikatakan Syed Saddiq 20 bulan yang lalu adalah jauh dari apa yang dilakukannya hari ini, dia tidak hanya membunuh kerjaya politiknya malah menjejaskan masa depan seluruh partinya juga,” dedahnya lagi.
IRONIK kan? Jika selama ini, bukan main beria lagi Si Ketua Armada PPBM tu menuntut kebenaran dari orang lain sampai tahap nak menganjurkan forum 'Nothing To Hide' secara terbuka.
Tapi dalam masa yang sama, dia sendiri cuba nak menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat hanya semata - mata kerana nak menjaga kepentingan Politik Peribadi partinya sendiri.
Tidakkah tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PPBM itu boleh dianggap sebagai satu tindakan yang MUNAFIK? Kenapa dia tak nak jujur dengan diri dia sendiri dan cuba menipu rakyat?
Inilah bahananya bila suka sangat menganggap diri dia lebih cerdik dari orang lain. Penyudahnya nanti, yang hilang kemaluan diri sendiri juga. Sekarang berani tak dia nak ambik tindkan yang sewajarnya atau terus nak mendiamkan diri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.