Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Si Ketua Penipu tu, apa yang pasti, kenyataan yang dibuat sebelum ini hanya sekadar satu taktik Politik untuk meraih sokongan simpati murahan semata - mata.
Maka untuk mengatakan bahawa dia cuba nak menyindir Tun Mahathir agar 'Sedar Diri' juga boleh dianggap salah satu daripada agenda terancang yang sengaja disembunyikan oleh Si Ketua Penipu tu.
Penganalisis Geostrategi, Azmi Hassan berkata, secara tidak langsung, Si Ketua Penipu tu mahu Tun Mahathir sedar bahawa DAP dan PKR mempunyai kelebihan dari segi kerusi dan juga senioriti berbanding PPBM yang diterajui mantan perdana menteri itu.
"Tidak dapat tolak kemungkinan bahawa sebagai isyarat, bahawa dalam meletakkan pencalonan perdana menteri itu, DAP dan PKR mempunyai lebih suara berbanding PPBM itu sendiri.
"Saya rasa besar kemungkinan ini adalah sebagai isyarat kepada seorang lagi orang kuat dalam Pakatan Harapan iaitu Tun Dr Mahathir bahawa dalam calon perdana menteri untuk Pakatan Harapan mana yang lebih berkuasa itu adalah yang asalnya dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan DAP," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kenyataan dari penganalisis itu jelas merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya dipersetujui Pakatan.
Tun Mahathir mengulangi kesediaanya itu sewaktu diwawancara secara langsung yang disiarkan di Facebook, dan kali kedua sewaktu diwawancara oleh media antarabangsa, Nikkei Asian Review.
Bagaimanapun Azmi turut berpendapat bahawa tindakan Si Ketua Penipu tu merupakan salah satu taktik untuk meraih simpati daripada penyokong gabungan pembangkang berkenaan.
“Bila Datuk Seri Anwar sendiri mengatakan beliau tidak berminat ini berkemungkinan dikatakan sebagai strategi Pakatan Harapan itu sendiri untuk menarik simpati penyokong-penyokong mereka dan pengundi-pengundi,"ujar beliau.
"Jadi apa yang saya lihat Pakatan Harapan sememangnya mahu Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri, jika dilihat percaturan mereka dalam meraih simpati pengundi-pengundi sebenarnya.
"Kerana tidak mungkin apabila Pakatan Harapan itu mencalonkan beliau menjadi perdana menteri, Datuk Seri Anwar dikatakan menolak, jadi (perlantikan) itu tetap mungkin berlaku dalam Pakatan Harapan," katanya.
Pokok pangkalnya, Si Ketua Penipu tu tidak benar - benar ikhlas menyatakan hasrat kononnya dia tidak lagi berminat dengan jawatan Perdana Menteri sekiranya puak Pakatan Haprak tu menang. Nak kencing rakyat tu juga la kerja Si Ketua Penipu tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.