Heh! Nampak gayanya isu mengenai calon Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak ni semakin menjadi isu kontroversi yang melanda gabungan pembangkang tu pada ketika ini.
Bahkan perkembangan terkini yang menjadi topik hangat sejak dua tiga hari ini bukannya meredakan keadaan. Sebaliknya, ianya tambah memburukkan lagi Pakatan Haprak tu sendiri.
Yang terbaru, pengumuman yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu yang tidak mahu menjadi Perdana Menteri jelas menghuru - harakan lagi puak Pakatan Haprak tu secara tidak lansung.
Walaupun kita sedar bahawa pengumuman Si Ketua Penipu tu hanya sekadar satu taktik lakonan untuk meraih sokongan simpati murahan dari kalangan para pengikutnya semata - mata.
Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu jelas mengecewakan mereka. Nak pulak bagi penyokong tegar PKR yang selama ini berjuang menjaga bontot dia.
Terutama sekali keluarg Si Ketua Penipu itu yang jelas menyatakan rasa kecewa mereka apabila polimek isu berkaitan dengan jawatan Perdana Menteri itu menjadi pertikaian utama.
Tampil membuat kenyataan semalam, Si Nurul Izzah meluahkan rasa kurang senangnya apabila dia mempersoalkan kenapa Pakatan Haprak sibuk sangat nak tentukan siapa calon Perdana Menteri.
“Apa yang membuat sesiapa berfikir ia (PH) mesti menamakan secara rasmi nama perdana menteri atau pemimpin tertinggi untuk memimpin pakatan ini sebagai prasyarat memenangi PRU14?
“Bukankah Pakatan Rakyat memenangi undi majoriti pada PRU13 tanpa secara rasmi menamakan pemimpin tertinggi atau perdana menteri?
“Berhenti bercakap mengenai keperluan menetapkan perdana menteri atau pemimpin tertinggi. Ketepikan kepentingan diri dan kepentingan sempit, sebaliknya beri tumpuan untuk memenangi PRU14, dan kejayaan akan menanti kita,” kata beliau.
Dari nada kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah, nampak sangat yang dia bukan sahaja kecewa dengan pendirian terbaru Si Ketua Penipu tu. Bahkan dia juga dah mula dilihat kepanasan. Takut nanti hilang la peluang dia nak jadi anak kepada Perdana Menteri!!!
nurul tunggul taik yg kepanasan.
BalasPadam