Ahli - ahli Melayu DAPigs sekarang ini dipergunakan untuk menunjukkan wajah pelbagai kaum kepada rakyat Malaysia, untuk menarik orang muda dan untuk memegang jawatan Menteri Besar sekiranya mereka menang di negeri sasaran.
Lima orang ini menjadi bukti paling kukuh untuk menunjukkan bagaimana cara DAPigs melayan ahli-ahli Melayunya, yang akhirnya tersingkir atau lari dari parti kerana telah melihat kebejatan di dalamnya.
1. Mohamad Razali Abdul Rahman
Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam ini akhirnya meninggalkan DAP selepas tidak sanggup lagi menjadi alat kepada DAP yang mempunyai rancangan jahat terhadap orang Melayu dan agama Islam di Malaysia. Razali mendedahkan kerja-kerja jahat dilakukannya termasuk terlibat dengan latihan dan menerima dana yang besar dari Israel.
2. Diana Sofya Mohd Daud
Gadis Melayu ini masih bersama DAP, dan mungkin akan kekal dalam parti Cina itu. Dia dipergunakan untuk menarik orang muda Melayu, dan dieksploit bagi mencapai tujuan itu. Diana dipergunakan untuk bertanding di Teluk Intan sekadar menunjukkan DAP sedia mencalonkan Melayu tetapi di kerusi yang DAP sudah sedia untuk kalah.
3. Datuk Zaid Ibrahim
Zaid ialah antara Melayu yang benar-benar liberal yang akhirnya memilih untuk menyertai DAP. Zaid lebih kuat berpegang dengan fahaman liberal dan tidak bermuka-muka mengambil hati orang Melayu seperti dilakukan ramai pemimpin lain yang kononnya liberal. Beliau akhirnya tidak sedar DAP ialah sebuah parti Cina apabila tidak dicalon dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
4. Hata Wahari
Hata memperjuangkan kebebasan media hingga bermusuhan dengan bekas majikannya Utusan Melayu. Dia menyertai DAP dan acara penyertaannya dihadiri sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Tetapi akhirnya Hata menyedari bagaimana sikap sebenar DAP terhadap orang Melayu apabila mencalonkan cucu komunis Shamsiah Fakeh di Selangor.
5. Amran Ahmad
Amran yang juga anak kepada bekas pemimpin Melayu DAP ialah seorang lagi wartawan yang akhirnya memutuskan untuk mendedahkan perancangan jahat parti Cina itu. Dia mendedahkan propaganda jahat dan fitnah yang disebarkan oleh DAP dalam kempen PRU14 ini. Amran menjadi bukti terbaru sifat buruk DAP yang akhirnya menolak keluar orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.