Makin hari, makin ramai jentera Pakatan Haprak tu yang meninggalkan parti dan berita mengenai perkara itu tersebar luas ke serata pelusuk dunia melalui aplikasi laman media sosial.
Persoalan yang diajukan, sejauh mana berita mengenai pengumuman yang dibuat oleh jentera parti itu memberi kesan secara khusus kepada kempen dalam Pilihan Raya Umum pada kali ini?
Adakah ianya memberi kesan secara positif kepada mana - mana pihak? Adakah ianya akan dapat mempengaruhi pertimbangan rakyat untuk membuat pilihan mereka sewaktu membuang undi nanti?
Walau apa pun kesannya, yang penting rakyat perlu menilai sejauh mana kemampuan sesebuah parti itu berfungsi. Itu asas yang paling penting untuk dijadikan pertimbangan bagi mereka yang waras.
Adakah pilihan mereka itu mampu untuk menggalas tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat? Atau, adakah pilihan mereka itu hanya sekadar retorik menjaja cerita fitnah yang bukan - bukan?
Apa yang jelas, kemampuan sesebuah parti itu bergantung kepada sokongan ahli mereka. Dah kalau ahli parti itu sendiri pun hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan dan calon yang dipilih, buat apa rakyat nak jadikan parti itu sebagai wakil mereka!!!
(BACA: JENTERA PKR MEMPAGA LUMPUH!!!)
(BACA: JENTERA PKR MEMPAGA LUMPUH!!!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.