Halaman

Selasa, Oktober 23, 2012

MELEMPIAS NAFSU DI TELUK CHIKARO???

Sekadar Ingatan
Wah!!! Ni apa cerita pulak ni? Sejak bila pulak ada pusat tarikan pelancong yang berubah nama jadi Teluk Chikaro ni?

Kalau dulu, kawasan ni memang cukup terkenal. Sesiapa saja yang datang bertandang ke Kuantan, dah tentu diorang akan pergi ke sini.

Maklum la. Dulu kawasan ni orang ramai boleh berkelah, boleh mandi laut dan sebagainya. Tapi sejak kebelakangan ni, lain pulak dah jadinya.

Tak dinafikan bahawa kawasan tu dah semakin meningkat maju. Banyak dah kedai - kedai makan dan kedai cenderahati yang dibuka.

Malangnya, tempat rekreasi tu dah jadi 'port' pulak untuk remaja melempiaskan nafsu sesama mereka. Nak pulak diwaktu malam.

Tinjauan beberapa orang rakan Semut menceritakan bahawa sekarang ni banyak kereta yang 'parking' tanpa dimatikan enjin. 

Kalau diperhatikan kelibat dalam tu lain macam pulak gayanya. Macam ada benda yang tak kena. Bukan satu dua pulak tu. Boleh tahan jugak bilangannya.

Jadi, pihak penguatkuasa perlu la ambik tindakan dan selalu la turun padang memantau keadaan sedemikian. Takut - takut ada pulak benda yang kurang sedap mata memandang.

Walaupun puak - puak Pakatan tu melaungkan perjuangan Hak Kebebasan, tapi Kebebasan pun ada jugak syaratnya. Ada jugak batasannya. Bukan semua benda boleh bebas main ikut suka hati je. Kalau semuanya Bebas belaka, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.