Halaman

Selasa, Oktober 23, 2012

RUMAH ARTIS JADI SASARAN!!!

"For Fame, Money or Glory"
Hati - hati. Tak lama lagi akan ada sekumpulan penyamun yang menjadikan golongan artis sebagai sasaran mereka. Nak pulak bagi artis yang kaya raya.

Penyamun ni pulak bukan jenis yang sebarangan. Semuanya cantik - cantik dan seksi - seksi belaka. Pakaian diorang pun mahal - mahal. Senang cerita, penyamun kelas A la.

Sebelum ini, hasil rompakan yang berjaya diorang miliki hampir mencecah 3juta US dollar. Tapi bukan semua benda yang diorang angkut. Hanya barang - barang tertentu.

Lepas curi, diorang jual semua benda tu melalui internet. Dulu diorang setakat jual barang kat tepi jalan je. Sekarang semuanya dah maju.

Jangan terkejut pulak. Diorang ni bukannya orang dewasa. Tapi sekadar budak - budak sekolah yang belajar di Los Angelas.

Antara artis - artis yang telah menjadi mangsa dan sasaran kepada geng penyamun ni ialah Lindsay Lohan, Paris Hilton dan ramai lagi.

Itu diantara sinopsis terkini mengenai sebuah filem yang diarahkan oleh anak kepada seorang genius perfileman Hollywood, Sofia Cappola.

Ianya berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku di Amerika dimana kes tersebut masih lagi berjalan ketika ini. Kumpulan tersebut digelarkan sebagai 'The Bling Ring'.

Sebelum ini, kisah tersebut telah pun dipaparkan melalui sebuah drama TV dan ditayangkan dalam Astro DIVA 702.

Tapi heran jugak la. Apa yang membuatkan budak - budak tu bertindak sedemikian? Adakah sekadar nak cari nama, duit dan kegemilangan semata - mata?

Sekarang dah kantoi, adakah semua tu berbaloi? Mungkin inilah sebabnya kenapa kita perlu berfikir dengan Kepala Otak. Jangan asyik fikir dengan Kepala Lutut je!!! Dah kantoi macam ni, baru nak menyesal!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.