Halaman

Khamis, Januari 31, 2013

MESTI BACA!!! KISAH ORANG TUA TUNGGU TUN MAHATHIR!!!


Di satu peristiwa di mana orang ramai sedang menuggu ketibaan Tun Mahathir untuk satu upacara anjuran PERKASA di dewan Kg Datuk Keramat AU hampir setahun lalu, saya juga turut berdiri bersama bersama mereka menunggu saat ketibaan Tun itu.

Sambil menunggu saya sempat memerhati kan seorang tua yang turut setia bersama menunggu di luar pagar dewan itu.

Apa yang menarik perhatian saya ia lah cara dia berpakaian , tidak tumpah seperti orang orang PAS dgn jubah dan serban belang putih dan hijau nya.

Dia juga seolah olah perasan saya memerhati kan nya.Entah macam mana dalam berpusu pusu dengan ramai nya orang yang datang bersama rombongan bas tiba tiba saya sudah berada berdiri sebelah nya di bawah sepohon pokok.

Lantas saya bertanya "Pak cik pun tunggu Tun ke?", jawpannya "Ia lah nak ooi. Nak tunggu sapa lagi " jawap pakcik tu dengan pelat Kedah dia. 

Kemudian dia sambung cerita seolah olah tahu saya semacam musykil dengan perwatakn PAS nya itu dan terus dia berkata "Pak cik ni umuq dah dekat 70 dah, dah undi dekat 5 ka 6 kali tak ingat.

"Pak cik ni mola dulu tak dak undi sapa dah , undi PAS saja, kambing pakai serban pun pak cik tak soai terus undi PAS." saya tergelak dan dia masih terus serius. Lalu saya bertanya "abih skang macam mana pak cik?"

Dengan cemek muka dia sambung "La ni dah 3 kali dah pak cik undi amno dah tak dak sapa lagi dah, kambing wakil umno pun pak cik pangkah umno jugak" saya pun gelak.

"Kenapa bole tuka pak cik sbb org sokong PAS ni hati dia rendam dlm neraka 3 kali pun hancuk dia PAS jugak?" saya seloroh.

"Cam ni la nak, pak cik tak tau la apa PAS dah buat kat pak cik tapi pakcik undi jugak sebab depa kata PAS ni Islam. La ni kita orang kampung nak caya sapa lagi kalau bukan imam, toi dak?" kata nya lagi.

Saya angguk. "satu hari di mekah, la ni duit sapa lagi kalau bukan anak pak cik, dia kerja baguih di Kl ni, pak cik kat mekah tengah berebut nak masuk dalam masjid.

Orang kulit itam la ni badan besaq tolak pak cik sana sini dah la pak cik badan katun ja kecik, rasa nak mati pun ada, dalam rhimaih tu. 

"Tiba - tiba askaq arab tu tunjuk kat pak cik, tapi dia macam tunjuk kat beg kecik yang pak cik sandang, pak cik pun tgk la kat beg pak cik. Tak sedaq ada bendera Malaysia. 

"Askaq tu jerit - "Mahathir Mahathir" dan sorang askaq lagi tarik pak cik kasi laluan, pak cik pun lepaih, dan bawak pakcik masuk. 

Lepas solat tu pak cik duduk mengadap kaabah tiba - tiba lintaih dalam pale pak cik "Mahathir Mahathir" sedang dia patut jerit "Malaysia Malaysia".

"Terus pak cik pikiaq. 2 anak laki laki pak cik kerja syarikat madiaq cipta, anak pak cik lgi sorang pi universiti islam madiaq cipta.

"La ni pakcik duk sokong ntah sapa nama tak da apa apa buat kat pak cik pun, di tempat suci pak cik terbuka hati , la ni tuhan nak tunjuk kot sapa yg ada jasa sapa yg tak dak"

Ps: Hah! Apa lagi? Korang pikir la sendiri!!! - seterusnya...

18 ulasan:

  1. Lt Kdr (B) Kasim bin Awang31 Januari 2013 pada 9:40 PTG

    Cerita ni lebih kurang sama dengan saya. Dalam tahun 90'an, saya pergi ke Vietnam (Bandar Ho Chi Minh atau Saigon)selaku Pengurus Pasukan Ping Pong Malaysia menyertai kejohanan ping pong "Golden Racket Championship". Satu hari pegawai khas yang ditugaskan menjaga team Malaysia (perempuan) bawa saya bersiar-siar di bandar Ho Chi Minh dan tiba-tiba berhenti sebab polis adakan road block. Pegawai khas tu pula ada masalah dengan lesen motor dia kemungkinan dah tamat tempoh atau ada yang tak kena sebab polis tu marah kat dia gila-gila sampai saya pun jadi takut. Lagi satu yang saya lebih takut sebab saya seorang pegawai tentera dan pasti banyak soal nanti bimbang dia orang ingat saya ni pengintip pula. Lepas tu polis tu tanya pegawai khas tu siapa saya yang membonceng motosikal dia. Dia ada sebut Malai.. malai.. dua tiga kali tapi polis tu macam tak pasti. Pegawai khas tu kemudian cakap Mahathir..Mahathir. Bila dia dengar Mahathir je, polis tu terus tunduk hormat dan terus suruh kami teruskan perjalanan. Muka polis yang merah padam tadi terus jadi ceria. Sampai sekarang kalau ada orang yang kutuk Mahathir, saya minta dia orang dengar cerita saya dulu.

    BalasPadam
  2. .. saya pun pernah mengalami peristiwa serupa semasa menghadiri konvension di USA tahun 90an dulu... sampai AirPort saya dapat satu teksi di pandu oleh pendatang dari Timur Tengah.. bila dia tahu kami datang dari Malaysia.. dia tak habis-habis puji kehebatan TDM... hampir sahaja dia tidak mahu terima tambang.. kerana berbangga dapat jumpa orang Malaysia... di pendekkan cerita.. selama 2 minggu kami jadi penumpang tetap dari hotel penginapan ke tempat konvension diadakan... cumanya pada tahun 2008 saya tidak undi BN... kerana sangat kecewa dengan perangai Tun Abdullah Badawi.. insya'Allah jika di panjangkan umur saya akan undi BN semula pada PRU kali ini... Alhamdulillah DSN bukan sahaja berjaya memperbaikki kerosakkan yang telah di buat oleh TAB.. bahkan mampu menenpatkan semula Malaysia di tapak yang betul... semoga BN kali ini bukan sahaja dapat majoriti 2/3.. tapi dapat mennyenyapkan kebisingan dan onar yang di bawa oleh PR semenjak tahun 1998 dahulu untuk selama-lamanya... kami sangat rindukan kedamaian negara tahun 80an dan 90an dahulu...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah....masih ada rakyat yg mengenang jasa Tun M, masa ada lagi rakyat yg rindukan nostalgia kegemilangan Malaysia dan pemerintahan BN(ketika itu). Semoga PRU13 ini, BN kembali berkuasa dengan penuh gemilang, cemerlang dan terbilang...Aamiiiiin. Waullahu'alam.

    EVLee

    BalasPadam
  4. Smoga allah lindungi malaysia dari munafiq yg selalu mndambakan putrajaya.. Smga allah mmbri kmngan pd bn dan membntu mengatasi kekurangan yg ada pada pmimpin bn... Amin

    BalasPadam
  5. Mola mola dolu saya pun pangkah Paih..laa ni dak lagi aihh..deypa kuat mohong ..mengkalau deypa tak mohong tu bukan paih nama nya..tuu paih pihh puuhh!! kuat mohong..mat sabu lagi laaa kuat mohong!

    BalasPadam
  6. Saya bukan mereka-mereka cerita tapi berlaku pada diri saya sendiri.... semasa menghadiri kursus JICA di NHK, saya sempat ke Hiroshima .... Punya lah susah nak cari makanan halal di sana... so singgalah saya di sebuah restorant cina... minta lah nasi goreng ... no meat... no butani... waiter tu terus kata... Mathair? Saya terpinga2 .... terus tersedar bahawa Tun lebih dikenali berbanding Malaysia .... saya terus mengaggguk2 .... subarasi.... subarasi... dia berkata2... sambil angkat ibu jari ... dan yang paling best sekali.... makan free saya mlm tu.... hingga kan rakan sesama kursus saya dari Vietnam kata... kenapa PM Malaysia tidak jadi President Vietnam..... hahahahaha.... bilakah situasi seperti itu akan berulang lagi ..... semoga Malaysia akan kembali dihormati seperti dulu.....

    BalasPadam
  7. Mmg betul la kan tdm ni mmg famos dr msia..
    Mmg rezeki kita dpt pm mcm tdm.aku pun penah alaminya..mgkn yg x penah or jarang ke luar negara sure pikir kita buat cite.tp mmg negara luar sanjung tdm..n kita dpt tempiasnya..org arab di mekah n madinah pun terer ckap melayu..bangganya aku.

    BalasPadam
  8. NIK AZIZ LAGI HEBAT...DIA RAPAT DENGAN PENGHUNI SYURGA....DAN DAPAT PILIH SIAPA PULA YANG MASUK NERAKA.....DIA NI DAH HEBAT SANGAT SAMPAI DIA MELAMPAUI DUNIA YANG SATU LAGI.....KAH..KAH..KAH...AKU PUN TAK BERAPA KENAL NIK AJIS..AKU KENAL DIA DEK KETOLOLAN DIA MEMBERI PENDAPAT DAN JAHAT MULUTNYA SAJA.

    BalasPadam
  9. membaca pada cerita kalian.. ada 2 peristiwa berlaku pada saya di Yemen pada 2009.

    1. kali menjejak kaki di Yemen apabila sampai di Sanaa airport penuh dgn askar askar Yemen berkawal di kaunter. Barisan utk bukan warganegara Yemen memang panjang lebih kurang dalam 50 ke 60 org.Saya dalam org yg ke 40an. Sambil berdiri saya mengisi borang imigration. passport malaysia mmg boleh dilihat dari jauh sbb merah. Tiba tiba berlari seorg askar kearah saya dan menjerit "Malaysia Mahathir' berulang ulang kali..mcm nak terbuang air kecil saya sbb ingat apa kesalahan saya. Dia terus tarik tangan saya dan bawa terus pergi ke kaunter utk urusan passport. Semua orang putih tengok kehairanan dan sambil urusan pasport berjalan 2-3org askar dtg dan baecakap dlm bahasa arab mengatakan mahathir fisabilliah..saya terasa amat bangga dan terasa nak mengalir air mata sbb tak sangka begitu kuat pengaruh PM kita yg sentiasa dikutuk dan dihina di negara sendiri sdgkan diluar sini Mahathir adalah idola mereka...

    BalasPadam
  10. saya tidak pernah alami peristiwa sedemikian. tapi saya amat faham kenapa beliau disanjung...sebab beliau jujur , berani kerana benar dan teguh berpegang pada prinsip. bacalah buku A doctor in the house... Ada sesiapa yang berani bercakap tentang kebiadaban yahudi selain Mahathir? Tiada... ada sesiapa berani berucap di PBB dan mendedahkan fakta keburukan barat? Jawapannya tetap sama. Saya tak akan lupakan peristiwa beliau memalukan Al gore , naib presiden US semasa APEC di KL 1998. Saya tak akan lupa bila Mahathir mengumumkan akan menghantar senjata bagi membantu rakyat Bosnia.... Saya tak akan lupa jasa terbesar beliau membawa Malaysia keluar dari serangan Soros dengan cara tersendiri sehingga Soros rugi ratusan juta

    BalasPadam
  11. Asalamualaikum....haku baca kesah kowang adew air kuar kut mater haku....kowang wat air tojan tuk haku ek....mmg ayahanda tun m sangat di hormati di luar sana...sayang segelintir org m`sia terlalu dengki keterlaluan dgn kemampuan beliau menerajui m`sia hingga tersohor di dunia...sabo jew ler....

    BalasPadam
  12. Saya baca pun nak menangis baca pengalaman korang. Padahal bukan cerita sedihpun. Tp banyak situasi yang menyentuh perasaan. Memang kat luar negara terlalu banyak org nak TDM jadi PM diorg... Segelintir jer rakyat yg menghargai beliau lain tue, masih buta mata hati kot

    BalasPadam
  13. saya sayang tun mahathir sampai bila2... pemimpin yang tiada tolok bandingnya... semoga tun panjang umur dan sihat sentiasa..., aaminnn...

    BalasPadam
  14. Semoga Allah panjangkan usia Tun M agar beliau dapat mencurahkan baktinya lagi,lagi dan lagi...amin.

    BalasPadam
  15. ayer mata saya berlenang semasa membaca cerita anda semua.terima kasih.saya sayang tun m.semoga Allah panjangkan usia tun.

    BalasPadam
  16. Hiba rasa hati mengenang jasa beliau. Semoga Tun Dr. Mahathir dipanjangkan umur. Beliau lah mantan PM idolah saya dari bangku sekolah rendah sehingga kini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.