Khamis, Januari 31, 2013


Huh! Makin tak betul la kepala Si Sam Ketot tu nanti kalau dia baca cerita kat bawah ni. Mau meroyan tak tentu dia dibuatnya.

Selama hari ni, dia berangan - angan sangat nak jadi Ketua Menteri kat Melaka tu. Tapi, apa kan daya. Impian dia tinggi, badan dia je tak cukup kuota.

Nak jadi Ketua Menteri, dia kena la menang dalam Pilihan Raya Umum. Tapi, macam mana nak menang kalau dah kawasan puak - puak Pakatan tu pun mampu ditawan kembali? Mimpi tinggal mimpi je la Sam oi!!! Jangan terkencing dalam seluar sudah la!!!
KUALA LUMPUR: Umno Melaka kini bersedia menawan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang kini disandang DAP, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Melaka yakin semua jentera bersiap sedia menghadapi 'perang' PRU-13 dengan penuh semangat kesepakatan dalam Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kejayaan besar BN dalam pilihan raya itu nanti.
"Saya sendiri telah turun melawat semua bilik gerakan termasuk DUN yang disandang pembangkang dan nampaknya semua persiapan menghadapi PRU-13 telah siap," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Lukisan Laksamana Tun Tuah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Khamis.
Pada PRU-12, DAP memenangi satu kerusi Parlimen (Kota Melaka) dan lima kerusi DUN (Bachang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir).
Mohd Ali juga yakin kesepakatan teguh antara pemimpin BN dan parti komponen juga pendorong kepada tahap kesiapsiagaan parti jika dibandingkan parti lawan yang dilihat kebelakangan ini gagal mencapai kata sepakat dalam pelbagai aspek.
"Bagaimana mereka mahu pikat dan yakinkan hati rakyat agar menyokong mereka jika mereka sendiri tidak sepakat, ini menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan mereka.
"Hal ini terjadi apabila semua mahukan kuasa dan jawatan, jadi perpecahan mungkin akan berlaku di dalam parti pembangkang," katanya.
Mohd Ali menyarankan pemimpin parti pembangkang supaya duduk semeja sesama mereka dalam menyelesaikan sebarang isu dan bukannya menuding jari kepada kerajaan BN apabila rakyat semakin beralih arah memberikan sokongan.
"Rakyat kini bijak serta ada hak untuk memilih, kita (BN) tidak pernah memaksa rakyat untuk mengundi malah rakyat sendiri yang melakukan pemilihan kerana mereka yakin dengan BN yang memerintah negara ini selama 55 tahun," katanya. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping