Baru - baru ni, SH dapat jemputan untuk pergi ke satu program ceramah Pakatan di salah sebuah daerah di negeri Pahang ni.
Orang yang nak bagi ceramah tu bukan calang - calang orangnya. Ilmu dia tinggi. Tapi, ilmu dalam bab menipu la. Ilmu akademik ni dia memang 'kurang'.
Cuma dia ni 'terlebih' bodoh. Tu pasal la orang pun sibuk sangat dok menyokong dia. Pun dia masih lagi mampu jadi pemimpin tinggi dalam Pakatan.
Alkisahnya, SH tak sempat la nak pegi program tu sebab ada urusan yang perlu diuruskan. Jadi SH maklum la pada orang yang jemput tu.
Sebaliknya, sahabat SH yang menjemput tu maklumkan yang ceramah tu dibatalkan atas sebab - sebab yang tak dapat nak dijelaskan.
Program tu tak jadi buat. Orang dah tunggu lama. Pemimpin Pakatan tu pun dah datang. Tapi ceramah tu je yang tak jadi buat. Pemimpin tu lawat kawasan je.
Wah!!! Kalau ikutkan cerita, pemimpin tu bukannya orang Pahang pun. Dia wakil rakyat kat Negeri lain. Apa kejadah pulak dia nak pegi lawat kawasan orang?
Dengar cerita, pemimpin Pakatan tu pun liat jugak nak turun kawasan dia sendiri. Kira YB Pemalas jugak la macam Si Nurul Izzah tu.
Beberapa hari lepas, terdengar pulak cerita pasal apa ceramah tu dibatalkan sedangkan pemimpin Pakatan tu dah turun ke tempat dia nak berceramah tu.
Apa yang disampaikan kepada SH memang tersangat la mengejutkan sebab kita sendiri pun takkan sangka pemimpin Pakatan tu sanggup buat macam tu.
Sebelum dia turun berceramah tu, dia ada jumpa dengan orang kuat kawasan tu. Kata dia, dia nak berceramah dalam kawasan tu. Tapi ada syarat.
Kalau orang kuat kawasan tu nak dia batalkan ceramah tu, bagi la sikit duit pampasan. Sekurang - kurangnya, berbaloi jugak la dia datang dari jauh.
Tapi, orang kuat tu buat acuh tak acuh je. Dia tak layan ugutan dari pemimpin Pakatan tu. Disebabkan itu la pemimpin Pakatan tu nak jugak turun serang kawasan tersebut.
Hari ceramah tu nak dibuat, orang kuat kawasan tu SMS pada pemimpin Pakatan tu. SMS dia pendek je, cuma nak maklum duit dah masuk dalam bank.
Disebabkan itulah pemimpin Pakatan tu batalkan ceramah dia walaupun semua persiapan dah dibuat. Orang yang anjurkan ceramah tu pun tak tau sebab apa ceramah tu batal.
Duit nak buat persiapan dah habis. Orang yang datang balik hampa sebab tak dapat dengar cerita fitnah. Yang Si Pemimpin Pakatan tu pulak balik tersenyum je sorang - sorang. Maklum la, poket dah kembung!!! - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.