Rabu, Januari 30, 2013


SGB - Rasa hendak ketawa pun ada, hendak menangis pun ada dengan kedangkalan pemikiran segelintir penyokong Pakatan Pembangkang yang masih tidak mahu mengakui bahawa masyarakat FELDA secara terang dan jelas menolak parti tersebut.

Entah apa lah yang menyebabkan golongan pencacai Pakatan Pembangkang ini berasa iri hati dengan kemewahan yang diperolehi oleh masyarakat Felda selama ini. 

Adakah kerana sebelum ini ANAK yang merupakan salah satu kumpulan ‘anjing sabung’ Pakatan Pembangkang tidak dibenarkan menyebarkan dakyah mereka di dalam kawasan FELDA menjadi penyebab utamanya?

Memang diakui masalah air seringkali melanda kawasan FELDA terutamanya pada musim perayaan. Kenyataan itu memang tidak dapat disangkal. 

Namun itu bukan bermakna, masyarakat FELDA harus menolak Barisan Nasional dan memberikan sokongan mereka kepada Pakatan Pembangkang.

Masyarakat FELDA bukanlah sebuah masyarakat yang bodoh dan tidak berpendirian. Bermula dengan tiada apa-apa harta yang dibawa ketika mula-mula menjejakkan kaki ke tanah rancangan FELDA, sehinggalah kini mereka mampu hidup dengan berpuluh kali ganda lebih baik daripada dahulu.

Jika dahulu ada di antara mereka yang berpindah masuk ke tanah rancangan FELDA dengan hanya menaiki teksi bersama sehelai tikar mengkuang dan dua buah bantal, kini mereka sudah boleh tersenyum dengan kenderaan yang mampu mereka miliki hasil usaha mereka mengerjakan tanah rancangan.

Masalah air yang melanda bukanlah penanda aras kerajaan Barisan Nasional mengabaikan masyarakat FELDA. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk masyarakat beralih sokongan kepada Pakatan Pembangkang yang ternyata banyak menunjukkan kepincangan dalam pentadbiran mereka.

Masyarakat FELDA selama ini mewah dengan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Bukan hanya peneroka FELDA sahaja yang mendapat manfaat, malahan generasi kedua dan seterusnya juga turut sama mendapat tempiasnya.

Kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai program untuk generasi kedua dan seterusnya untuk mereka menaikkan taraf hidup mereka. 

Program rumah mampu milik untuk generasi kedua member peluang kepada anak-anak peneroka FELDA untuk memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan mereka.

Program kemahiran yang diberikan kepada anak-anak peneroka telah membuka peluang mereka untuk bersaing dengan golongan yang bukan daripada FELDA di dalam bidang yang diceburi. 

Selain itu anak-anak peneroka FELDA juga tidak terus dibiarkan ketinggalan dalam menuntut ilmu dengan pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan. - seterusnya...

Ps: Yang kesiannya, Si Mahfuz Bean tu jugak la. Dia masuk Parti Angguk Saja tu bukannya semakin pandai. Tapi semakin Bongok ada la!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Member ni LCE pun tak lulus.

    BalasPadam
  2. di Kelantan dalam bandar pun masalah air tak boleh selesai "DALAM PEKAN MAHFUSS OOIII" ni felda noon jauh di pendalaman sudah pasti bermacam2 kesukarannya namun banyak kemudahan yang mereka kecapi. Cakap orang yang tahap kelulusan menengah randah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping