Halaman

Jumaat, Disember 19, 2014

DAH JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN JADI PELACUR PULAK!!!

Memalukan!!! Jika kita ambik pandangan sesetengah pihak, diorang pasti akan berikan alasan, Pelacur tu kadang - kadang bukannya nak sangat jadi Pelacur. Tapi diorang terpaksa.

Semuanya atas desakan dan tuntutan untuk survival diri mereka semata - mata. Ada jugak yang ditipu sehingga terjebak dalam aktiviti sosial yang tidak sihat sedemikian rupa.

Tapi yang kita herannya, bila ada dikalangan wakil rakyat sanggup pulak mengadai integriti diri mereka sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Pelacur. Tak masuk akal lansung!!!

Biar tinggi melangit pujian diberikan terhadap sikap keterbukaan puak - puak Pakatan Haramjadah tu di Pahang, namun ianya tetap tidak mengubah corak pemikiran dan sifat mereka.

Contoh yang paling ketara ialah apabila diorang masih lagi menyalak didalam sidang DUN mendesak agar pihak Kerajaan memberikan peruntukan kepada wakil rakyat termasuk dikalangan Pembangkang.

Dalam hujah mereka, perkara sedemikian dilaksanakan oleh pihak Rejim Pakatan di Selangor dan juga di Pulau Pinang dimana Pembangkang (BN) juga diberikan peruntukan tambahan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Pembangkang di kedua - dua buah Negeri itu telah membuat kata sepakat untuk menolak peruntukan tambahan yang diberikan oleh pihak Rejim.

Jelas, tindakan yang mereka lakukan itu bukan sahaja dibuat berdasarkan prinsip parti Politik yang mereka wakili malah ianya berlandaskan integriti serta maruah diri mereka sendiri.

Mereka tidak rela diri mereka dilacurkan dengan pemberian peruntukan seumpama itu. Maka, itu membuktikan bahawa wakil dari kalangan Barisan mempunyai moral dan integriti yang tinggi.

Kesimpulannya, jangan la puak - puak Pakatan Pembangkang di Pahang ni nak mengadaikan maruah diri mereka sendiri demi mendapatkan keuntungan peribadi semata - mata.

Jangan mempergunakan rakyat sebagai alasan untuk mendesak peruntukan tambahan jika sekiranya ia hanya sekadar hendak digunakan untuk mengisi kantung program parti mereka sendiri.

Alasan yang biasa diberikan, peruntukan tambahan itu adalah untuk memudahkan mereka memberi bantuan kepada rakyat. Kononnya nak tunjuk la yang rakyat sering mengadu kepada mereka.

Hakikatnya, kalau diorang tak mampu nak berikan bantuan kepada rakyat, jangan jadi wakil rakyat. Tak payah la diorang nak bertanding dalam Pilihan Raya. Jangan suka - suka nak menyusahkan orang lain!!! Takkan itu pun diorang tak faham!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.