KHaduyai!!! Pening kepala kita dibuatnya. Masalah macam ni punya kronik pun boleh sampai boleh buat Doktor pening kepala. Dah tak tau dah mana ubat yang perlu dimakan.
Semuanya akibat masing - masing tak nak beralah dan kerap kali mendedahkan kemaluan sendiri dihadapan orang ramai. Memang patut la Doktor pun boleh jadi pening kepala dibuatnya.
Nampaknya, DAP dan PAS semakin hebat berdrama dan wayang kulit. Isu hudud menyerlahkan lagi kepincangan kedua-dua parti. Mereka bertelagah memberi kenyataan yang kontra di antara mereka.
DAP kata : Pas didakwa mungkir janji terhadap persetujuan yang dicapai pada 28 September 2012 berkaitan pelaksanaan hukum hudud.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu perlu merujuk Buku Jingga kerana pelaksanaan hudud tidak terdapat dalam polisi bersama PR.
“Fokus kembali kepada Negara Berkebajikan yang disepakati adalah polisi wajib dalam Buku Jingga PR.
“Negara Berkebajikan turut mementingkan kesejahteraan sejagat di mana ianya juga merupakan antara elemen yang terkandung dalam ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
PAS pula kata : Pas Kelantan menyifatkan tindakan DAP menentang hukum hudud disebabkan kurang kefahaman mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu.
Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir berkata, pendekatan terbaik perlu dilakukan bagi menangani masalah percanggahan pendapat dalam isu tersebut.
Katanya, parti komponen dalam PR harus menyahut kenyataan DAP itu sebagai terjemahan bahawa mereka masih tidak memahami hukuman itu bagi orang Islam.
"Kita perlu melipatgandakan usaha untuk memberi penjelasan dan caranya kena lebih berkesan kepada DAP, dan masyarakat bukan Islam khususnya. - seterusnya...
Kesimpulannya, kedua - dua pihak tu hanya bertelagah demi memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata. Diorang bukannya berbalah demi untuk menjaga kebajikan rakyat. Jauh sekali nak menjaga kepentingan rakyat secara menyeluruh!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.