Rakan seperjuangan dalam pakatan pembangkang dilihat seakan goyah apabila pemimpin utama PAS terus mengeluarkan kenyataan terbuka bagi menyatakan pendirian dan pandangan masing-masing berhubung isu pelaksanaan hukum hudud.
Kenyataan Si Tipah Koyak tu semalam telah dibidas oleh Anak Nik Aziz kerana mempertikaikan tindakan PAS Kelantan yang mahu membuat pindaan enakmen hudud dan mengaitkannya dengan isu 1MDB.
Memetik tulisan Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebook miliknya yang bertajuk “Jawapan Buat Seorang Peguam Wanita” yang seakan menyindir kenyataan Si Tipah Koyak tu.
Sumber Asal |
Si Nik Abduh tu juga mempersoalkan, apakah benar Pas bersubahat dengan BN bagi menutup isu 1MDB sedangkan parti itu sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sejak lebih 20 tahun lalu.
"Agenda hudud Pas sudah bawa sejak lebih 20 tahun. Macam mana ia boleh dihentikan semata-mata kerana isu 1MDB?’" katanya.
Nik Abduh juga turut menjelaskan, Pas bukan sahaja mahu melibatkan isu ekonomi malahan merangkumi pembinaan Malaysia secara menyeluruh termasuk pelaksanaan hudud.
"Pas juga memperjuangkan aspek pembinaan semula orang bersalah melalui hukuman mendidik yang ada di dalam hukum hudud. Buktikan bahawa aspek hukuman terhadap pesalah di dalam negara hari ini bukanlah isu besar yang boleh ditangguhkan?" ujar beliau.
Mengulas lanjut, kata Si Nik Abduh, isu - isu lain yang tertangguh sebelum ini juga tidak menggugat pelaksanaan Hudud di Negeri itu. Jadi kenapa isu 1MDB pula dijadikan alasan dan dikaitkan dengannya?
Kesimpulannya, Si Nik Abduh menyatakan PAS boleh dianggap telah masuk ke perangkap sekularisme yang dipasang oleh DAPigs dan PKR serentak sekiranya isu 1MDB berjaya menyekat mereka dari memperjuangkan hak agama.
PS: Itulah masalahnya bila Si Tipah Koyak tu TERLALU LAMA MEMBUJANG sehingga membuatkan dia meroyan!!! - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.