Halaman

Rabu, Oktober 25, 2017

BLOGGER PKR DEDAH SIFAT HIPOKRIT PARTI SENDIRI!!!

PKR dilabelkan sebagai hipokrit berkaitan kes easuah Mohd Shafie Apdal kerana parti itu yang mula - mula mendedahkan skandal bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah itu sendiri.

Namun pendirian kepimpinan parti itu dilihat mula berubah apabila bekas Menteri itu ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa hari yang lalu.

Tambah memalukan ialah apabila dikalangan pimpinan yang sama dari parti itu dilihat tampil mempertahankan Mohd Shafie dan mempertikai tindakan yang diambil oleh pihak SPRM.

Menurut kata seorang blogger PKR, pimpinan parti itu sebelum ini mendedahkan skandal Mohd Shafie dengan seorang artis berhubung kes rasuah. Tapi kenapa sekarang sudah berubah?
“Dulu ketika kecuh isu Shafie Apdal ada skandal dengan seorang artis .. pemimpin-pemimpin PKR antara yang paling lantang desak beliau disiasat bagaimana memperolehi wang cukup banyak untuk membiayai dan selanggara artis berkenaan.
“Kini apabila Shafie Apdal ditahan pihak SPRM siasatan kes seleweng RM1.5 bilion untuk Sabah .. sudah berbunyi seorang pemimpin PKR merangkap Ahli Parlimen menyatakan tangkapan tersebut sudah melampaui batas dan tiada menepati kemahuan dan peruntukan undang-undang pula.
“Maknanya .. jika mana-mana pemimpin sudah sealiran dengan dakapan politik PKR atau berada di bawah bumbung dan payung yang sama …. maka secara automatik sudah menjadi suci murni bersih seputih-putihnya.
“Boleh nafi dan maki tetapi ini adalah realiti,” ulas Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.
Pada tahun 2012, Hanisya yang juga dikenali blogger Omak Kau mendedahkan PKR yang diketuai Zuraida Mak Lampir telah mengadakan sidang media mengaitkan skandal Shafie dengan seorang artis.

Dalam sidang media itu, pimpinan PKR itu juga turut menampilkan bekas pemandu Zahida yang bernama Noor Azman Azemi yang didakwa menjadi saksi terhadap dakwaan yang dibuat.

Bekas pemandu Zahida itu mendakwa dia pernah menemani artis itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Shafie Apdal.

Sidang media itu turut dihadiri oleh seorang aktivis PKR, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai ‘Dayangku Intan’ yang merupakan ibu saudara kepada Noor Azman.

Turut hadir membuat pendedahan berhubung skandal bekas Menteri itu adalah Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat Sivarasa Rasiah dan Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya.

Pimpinan PKR itu mendesak Menteri Kabinet, Shafie Afdal untuk tampil memberi penjelasan penggunaan wang yang jumlahnya besar yang diberikan kepada pelakon Zahida Rafik.

Bahkan pimpinan PKR itu juga turut menyeru agar pihak SPRM membuat siasatan segera terhadap Mohd Shafie yang pada ketika itu memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.