Halaman

Rabu, Oktober 25, 2017

PAS DAKWA MAT SABU LEBIH DAPigs DARI DAPigs!!!

Ketaksuban Mat Sabu menjadikan DAPigs sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu semakin hari semakin kian terserlah apabila PAS mendakwa dia lebih DAPigs dari DAPigs sendiri.

Perkara itu jelas apabila PAS melalui laman portal mereka menyiarkan artikel yang mendakwa kenyataan Si Mat Sabu tu dilihat lebih mirip kepada skrip yang disediakan oleh DApigs.

Katanya, dalam wawancara dengan akhbar mingguan The Edge Malaysia, Pengerusi DAPigs Johor menyebut bahawa sokongan pengundi bukan Melayu, terhadap Pakatan menurun pada tahap 65%.
Liew Chin Tong tersebut adalah berbunyi: “You could say non-Malay support for the opposition has stagnated or softened. In 2008, non-Malay support for the opposition was probably about 65% to 70% across the board. In places like Penang, it was a bit higher. In 2013, the support of non-Malays for the opposition, especially in Chinese constituencies, went up to 85%, in places like Penang 90%. But we are not at that level now. We are probably at 65%.”
Alih - alih Presiden PAN tu pulak menyebut bahawa menurut kajian yang dijalankan oleh mana - mana pihak pun melaporkan sebanyak 80% masyarakat Tiong Hua akan mengundi Pakatan.

Soalnya, macam mana Mat Sabu boleh menyatakan bahawa 80% pengundi Cina menyokong sedangkan pemimpin DAPigs sendiri pun menyebut sokongan pengundi Cina hanya pada tahap 65% sahaja?
"Tidakkah kenyataan Mohamad Sabu ini menunjukkan bahawa beliau lebih DAP dari DAP sendiri? Dan tidakkah kenyataan seumpama yang dibuat oleh Mohamad Sabu ini meletakkan parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan seperti AMANAH sendiri dalam keadaan sukar untuk berhadapan dengan DAP di samping akan menaikkan lagi lemak para pemimpin DAP?" soal Haprak Daily.
Malah laman portal itu juga mempertikaikan ucapan Mat Sabu di dalam ucapan penggulungannya itu mengenai hasrat PAN untuk menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit.
Petikan ucapan Mohamad Sabu yang berkenaan adalah berbunyi seperti berikut: “Label ini dia pergi sampai ke peringkat-peringkat yang kalau kita tidak sekat ianya merebak dan merbahaya. Misalnya, “ini perubatan Islam”... Kemudian disebut pula “ini hospital Islam”, maka hospital lain itu seolah-olah hospital bukan Islam. Semua label-label seperti ini mesti kita ubah sedikit demi sedikit supaya orang melihat bahawa Islam itu bukan dalam bentuk form tetapi dalam bentuk nilai yang dipersembahkan”.
Sudah tentu ucapan Si Mat Sabu yang mahu menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit ini akan lebih memualkan lagi pengundi Islam terhadap PAN dan menganggap parti pimpinannya hanya sekadar boneka kepada DAPigs semata - mata!!!

2 ulasan:

  1. Makan dedak banyak sangat kot..

    BalasPadam
  2. Siasat la pendapatan mamat ni. Mai mana dia punya kekayaan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.