Halaman

Khamis, Oktober 05, 2017

DEDAH SOGOKAN 5 JUTA KERANA DENDAM PERIBADI???

Itu diantara pandangan yang diberikan oleh beberapa orang rakan mengenai kemelut terbaru yang sedang hangat melanda parti pimpinan Tun Mahathir ni. Semuanya hanya kerana dendam peribadi.

Walaupun ramai yang berpendapat pendedahan yang dibuat oleh Si Budak Hingusan itu hanya sekadar untuk mencari Publisiti Murahan, namun kebarangkalian itu tidak dapat dinafikan.
"Boleh jadi budak hingusan tu sengaja mendedahkan isu berkaitan dengan sogokan itu kerana dendam peribadi terhadap Hamidah. Apa sebab dia berdendam sangat, tak tau la," jelas mereka.
Ianya bermula sejak Ketua Armada PPBM tu mula - mula menuduh Kak Midah sebagai Agen UMNO yang cuba memecah-belahkan perpaduan dikalangan pemimpin parti secara dalaman.

Tuduhan demi tuduhan serta dakwaan yang dilemparkan oleh Ketua Armada itu terhadap Kak Midah seolah - olah seperti tidak ada penghujungnya walaupun Kak Midah sudah keluar parti.


Dan terbaru, melalui pendedahan yang dilakukan berkaitan dengan sogokan sebanyak RM 5 juta itu juga seolah - olah ditujukan khusus buat Kak Midah dengan melabelkan individu terlibat sebagai "H".

Bagi sesetengah pihak berpendapat, individu yang dimaksudkan sebagai "H" oleh Si Budak Hingusan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Kak Midah atau nama penuhnya Hamidah Osman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Kak Midah sebelum ini menggambarkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati orang tua yang dipamerkan oleh Ketua Armada itu cukup mengecewakan.
“Kita sepatutnya menghormati orang tua dan apabila mahu menegur mereka, ada cara lebih baik untuk melakukannya, bukannya suruh saya berambus,” katanya kepada FMT hari ini.
Berikutan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Armada PPBM itu kelmarin membuatkan Kak Midah bertindak melaporkannya kepada pihak SPRM agar mereka menyiasat dakwaan tersebut.

Malah Kak Midah juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mengambil tindakan undang - undang serta memfailkan saman terhadap Ketua Armada PPBM itu dalam masa terdekat. Masa tu, baru la kita tau siapa dalang sebenar yang dimaksudkan oleh Si Budak Hingusan tu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.