Polis hari ini mempertahankan keputusan tidak membenarkan “Better Beer Festival”, berdasarkan ancaman sebenar terhadap acara itu dan tiada kena mengena dengan sensitiviti agama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun polis menerima maklumat mengenai wujudnya perancangan mensabotaj pesta arak itu, yang menerima bantahan beberapa pihak khususnya PAS.
“Umum juga sedia maklum bahawa penganjuran festival yang sama pada tahun-tahun lalu tidak pernah disekat kerana tidak wujud maklumat mengenai ancaman sedemikian sebelum ini,” kata Fuzi dalam kenyataan.
“Bantahan yang dibuat pada tahun ini tidak ada sangkut paut dengan sensitiviti keagamaan, perkauman ataupun desakan politik,” katanya.
Beberapa pihak mempertikaikan keputusan polis melarang pesta tersebut, yang sebelum ini terpaksa dibatalkan selepas dinafikan permit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bulan lalu.
Dalam masa yang sama, Fuzi juga turut mempertikaikan desakan supaya pihak Polis mendedahkan butiran lanjut mengenai ancaman yang dimaksudkan terhadap pesta tersebut.
Menurutnya, Polis tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu agar maklumat keselamatan, menyifatkan mereka “daif” tentang keperluan menjaga kerahsiaan operasi.
Tegasnya, pihak Polis juga tidak akan menggadaikan keselamatan rakyat dan harta benda awam hanya disebabkan kerana wujud tekanan daripada pihak - pihak yang berkepentingan.
Dalam erti kata lainnya, pihak Polis tidak akan sesekali tunduk kepada desakan yang dibuat oleh puak - puak DAPigs hanya semata - mata kerana diorang mabuk nak berpesta minum arak sesama sendiri secara terbuka ditempat awam!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.