Halaman

Jumaat, Oktober 06, 2017

DIGELAR "ANJING" DAN "PELACUR" SEBAB TAK SOKONG DAPigs!!!

Seorang wanita dari Parti Rakyat Malaysia Bersatu (MUP) mendakwa menjadi mangsa buli siber setelah digelar sebagai ‘anjing’ dan ‘pelacur’ menerusi ruangan komen oleh sebuah halaman Facebook pro-DAP.

Wanita berkenaan, Kee Lean Er merupakan Setiausaha Agung MUP berkata, selain dirinya, Timbalan Presiden Koay Xing Boon juga turut dihina dengan gelaran ‘pencuri’.
“DAP perlu lebih bertanggungjawab dan memberi amaran kepada penyokongnya untuk tidak membuli orang diatas talian. Ini menyalahi undang-undang. Mereka boleh mengkritik kami tetapi bukan dengan cara sebegitu.
“Apabila saya melihatnya, saya membawa perkara tersebut ke pengetahuan presiden dengan segera dan beliau menasihatkan kami untuk membuat laporan polis,” katanya.
Kee berkata, halaman Facebook dengan nama ‘请用行动支持火箭 * Support DAP with Contributions’ telah berkongsi sebuah artikel penubuhan MUP sebagai sebuah parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Artikel berkenaan menemubual Kee dan timbalan presiden parti dan kedua-duanya diserang bertalu-talu diruangan komentar. Ujar Kee, beliau kecewa dengan sikap penyokong DAP bertindak sedimikian di media sosial.
“Apa yang telah saya lakukan sehingga diperlakukan sebegini? Didalam temubual tersebut, saya tidak membuat sebarang komen negatif terhadap parti lain.
“DAP perlu menasihati penyokongnya untuk menghentikan buli siber ini,” ujarnya selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Jalan Patani, Pulau Pinang, semalam.
Memetik laporan New Straits Times, Kee menjelaskan bahawa pihak polis juga menyarankan beliau untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

MUP dilancarkan pada Julai tahun ini dengan objektif menjadi penimbang tara antara kerajaan pemerintah dan pembangkang. Parti berkenaan juga menyatakan hasrat untuk bertanding di Pulau Pinang pada PRU akan datang.

Bagi penganalisis politik Lim Sian See, beliau menegaskan hinaan dan gelaran jelik merupakan amalan penggiat media sosial DAP yang digelar sebagai Red Bean Army (RBA) sekian lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.