Halaman

Jumaat, Oktober 06, 2017

TUN M HADIR SOLAT HAJAT UNTUK ANWAR!!!

Itulah berita yang disampaikan oleh seorang sahabat baru - baru ini. Tapi berita itu sedikit pun tidak menghairankan kerana mengenali pendirian terbaru Tun Mahathir dalam Politiknya hari ini.

Inilah yang digelarkan Politik "Matlamat Menghalalkan Cara". Demi menjaga kepentingan Politik peribadi, apa pun sanggup dilakukan asalkan ia memberi keuntungan kepada dirinya.

Kalau dulu, bila orang lain buat benda yang sama, sudah pasti ianya akan dikritik dan diperlekehkan oleh Tun Mahathir. Paling tidak, mereka akan dipenjarakan. Tapi kali ini, tidak ada bezanya.

Tambahan pula, semua orang kenal dengan Tun Mahathir. Setiap perkara yang dijadikan sebagai isu oleh sesetengah pihak, sudah pasti dia ada jawapan untuk menjustifikasikannya.

Walaupun pada hakikatnya, Tun Mahathir sebelum ini pernah menuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang yang terlibat dalam salah laku seksual sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Malah perkara itu juga turut menjadi satu bab dalam buku yang ditulis oleh Tun Mahathir sendiri sambil membuat dakwaan Si Ketua Penipu tu pernah melanggan beberapa orang Pelacur.

Tapi, kenapa hari ini Tun Mahathir boleh hadir ke majlis solat hajat untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya?

Sebab Pertama, Tun Mahathir mahu mendapatkan sokongan dari pengikut - pengikut Si Ketua Penipu tu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Itu sahaja justifikasinya.

Jika sebelum ini, pengikut - pengikut tegar Si Ketua Penipu tu masih lagi mencurigai keikhlasan Tun Mahathir dalam Pakatan. Malah ada juga yang membantah pelantikan dia sebagai Pengerusi.

Maka atas sebab itu Tun Mahathir terpaksa berlakon dihadapan pengikut - pengikut Si Ketua Penipu tu dan menunjukkan "Solidariti" kepada bekas Timbalan Perdana Menterinya itu.

Dan jika dilihat dari satu sudut, tak salah sekiranya Tun Mahathir pergi ke majlis solat hajat untuk Si Ketua Penipu tu sebab solat hajat itu dibuat untuk membebaskan Ketua Umum Pakatan tu dari penjara. Bukannya solat hajat itu boleh melepaskan dirinya dari tuduhan Meliwat!!!

3 ulasan:

  1. Kalau tak ada sodomi 2,dah tentu Madei akan kata dulu dia di hasut oleh seseorang utk buat tudauahn ,dia tak tahu tuduhan tu palsu.Sama seprti dia tak tahu DAP bukan parti cuvinis dan tak tahu BNM lesap 32 billion.Lidah dia sangat lembut ,boeh pusang berlipat lipat ,muka dia pun bukan jenis yg malu.

    BalasPadam
  2. Tun M yang banyak berbohong,fitnah,cercha sampai ka do'a nya.Sa orang pemipin yang churang apa dapat tuhan ma'akbulkan do'a nya.Kalau bersembayang hajat untok meminta ampun dari allah atas kesilspan yang lalu2 munkin masok akal.



    BalasPadam
  3. Dia tak bolih buat apa dah ,dah nyanyuk orang tua terkutuk ni nak minta ampun atas segala kesalahannya yang lalu ,sorrylah gajah dia bukan manusia macam tu,hati dia macam firaun sebab tu singkir sana singkir sini mainan hidup dia, berapa banyak dia pecat.NAK SOKONG LAGI ORANG MACAM NI

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.