Kalau tak melawan cakap Polis, bukan Mat Sabu la namanya. Malah, Presiden parti Ternakan DAPigs ni memang tak reti buat kerja lain selain dari mencetuskan huru hara tak tentu arah.
Kononnya Si Mat Sabu tu nak menganjurkan Himpunan Kleptokrasi sedangkan apa yang dianjurkan hanyalah sesi Klepetokrasi yang dipimpin oleh puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri.
Biarpun pihak Polis tidak membenarkan himpunan itu diadakan, tetapi ianya tidak dipedulikan oleh Si Mat Sabu dengan alasan ianya akan dijalankan dengan aman dan tenteram.
"Ia (himpunan) aman dan tenteram, akan berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah apa-apa. Kami akan mengadakan himpunan secara baik dan mendapat sokongan semua pihak, majlis perbandaran semua, dengan aman dan tenteram," ujarnya ringkas ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Dari satu sudut, kalau Si Mat Sabu tu nak anjurkan himpunan apa sekali pun, itu dia punya pasal. Tapi sepatutnya himpunan itu tidak melibatkan tempat awam seperti di Padang Timur milik MBPJ.
Sebaliknya, himpunan Klepetokrasi anjuran Pakatan Haprak tu perlu dianjurkan didepan rumah banglow mewah Terlajak Murah yang menjadi milik oleh Si Lim Guan Eng tu terlebih dahulu.
Itu pun kalau betul la diorang nak bangkit menentang Klepetokrasi kerana jelas dan nyata Si Lim Guan Eng tu telah menyalah-gunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tapi yang herannya, kenapa penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh Si Guan Eng tu tidak pula dianggap sebagai satu bentuk Klepetokrasi sedangkan kes itu kini sedang dibicarakan dimahkamah?
Nak pulak bila Si Guan Eng itu juga turut disabitkan dengan kesalahan memiliki rumah banglow mewah dengan harga Terlajak Murah dari pasaran itu masih enggan melepaskan jawatannya.
Maka, perhimpunan yang mahu dianjurkan oleh puak Pakatan Haprak tu hanya sekadar nak menutup kemaluan mereka sendiri. Bak kata Si Mahfuz Bean, ianya perhimpunan 'Syok Sendiri' sebab salah sendiri diorang tak nak pulak mengaku!!!
Himpunan yg tak memberi faedah
BalasPadam