Kalau tak bersifat RETORIK, memang tak sah. Itu pasal la hari ni Pakatan Haprak merancang nak mengadakan perhimpunan yang jelas tidak mencerminkan pentadbiran mereka sendiri.
Kononnya perhimpunan tu adalah untuk menolak amalan Kleptokrasi sedangkan hakikatnya dikalangan mereka sendiri pun mengamalkan perkara yang sama dalam pentadbiran.
Kalau tadi kita dah cerita pasal Guan Eng yang menggunakan kedudukan dia untuk 'meng-klepet' rakyat dengan penyalahgunaan kuasa membeli rumah banglow mewah 'Terlajak Murah'.
Itu pun baru sebahagian daripada amalan 'Klepet-O-Krasi' yang dilakukan oleh Si Guan Eng tu. Kalau nak diceritakan, banyak lagi benda yang di'Klepet' oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tu.
Tapi kalau nak dibandingkan dengan Azmin Ali di Selangor, kes Si Guan Eng tu tidak la nampak hebat sebab Si Menteri Besar ni lagi teruk meng-klepet duit rakyat secara terbuka.
Antara lain, Si Azmin Ali ni pernah terlibat dengan skandal DEIG yang didakwa banyak menyeleweng harta rakyat termasuk isu pengambilan tanah secara haram oleh pihak tertentu.
Katanya, Si Azmin Ali ni telah mengambil tanah berjumlah sebanyak RM 10 billion melalui DEIG dengan alasan kononnya nak dimajukan oleh pihak syarikat milik Rejim Pakatan Selangor tu.
Malah katanya, DEIG juga turut memiliki aset sebanyak RM 30 billion yang tidak dinyatakan dari mana aset itu diperolehi sejak Si Azmin Ali tu menjadi Menteri Besar Selangor.
Tambah memeranjatkan, kewangan DEIG tidak dibentangkan didalam sidang DUN walaupun pada hakikatnya ia milik Rejim Pakatan pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu sendiri.
Namun malangnya, apabila ditanya mengenai isu tersebut, Si Azmin Ali tu memberikan alasan kononnya ia sudah dibentangkan didalam sidang DUN biarpun statusnya diragui sehingga ke hari ini.
Itu baru satu daripada berpuluh - puluh lagi aset serta harta rakyat yang di-klepet oleh Si Azmin Ali ni secara terbuka. Pun masih lagi puak Pakatan Haprak tu nak anggap diri mereka suci dari melakukan amalan Klepet-O-Krasi jugak ke!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.