Pergolakan diantara Husam Musa dan Rejim PAS Kelantan berhubung bangunan Wisma Tok Guru di Jalan Pendek Salor di sini mencapai episod baru apabila Naib Presiden PAN itu dihalau keluar.
Kes itu kembali hangat diperkatakan apabila bangunan tersebut dikatakan telah dijual oleh isteri kepada pemilik bangunan itu, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim kepada seorang ahli Pas.
Justeru, Husam mula membuat dakwaan kononnya usaha pihak tertentu mengambil alih dan mendesak dia mengosongkan bangunan itu sebagai dendam dan mempunyai unsur konspirasi.
Walaupun mengesahkan belum menerima notis pengosongan sebagaimana yang digembar-gemburkan, Husam menegaskan tidak akan meninggalkan bangunan itu dan bersedia membawa kes itu mahkamah.
Bahkan Husam mendakwa, pemilik asal tanah berkenaan, Ahmad Rosli telah mengeluarkan surat pada Ogos 2016 yang membenarkan dia menggunakan bangunan dan tanah itu selamanya.
“Saya akan failkan kepada mahkamah, tanah itu adalah tanah bersama milik saya dan datin (isteri arwah). Jadi sebelum dia halau, kita bincang dulu, selagi itu Amanah akan gunakan kawasan itu.
“Saya akan pesan pada anak-anak buah, guna bangunan itu selagi boleh, kecuali mahkamah yang perintah. Kalau tanya saya, notis itu, secara rasminya saya tidak terima lagi,” katanya.
Husam sebelum ini diminta mengulas mengenai status pemilikan bangunan Wisma Tok Guru di Salor itu selepas PAN dikatakan menerima notis supaya mengosongkan bangunan tersebut.
Sebelum ini, Exco PAS Kelantan, menegaskan bangunan itu kembali menjadi hak milik PAS selepas Adun Salor itu keluar parti dan menyertai PAN pada Ogos 2016 kerana kecewa dengan pendirian parti yang enggan kembali bergabung dengan Pakatan.
Buat lawak bodoh. Itu pun dah kira baik dah. Siap bagi notis. Nasib baik tak buang harta benda suruh berambus. Mau ingatlah apa puak pembangkang buat di P.Pinang. Siap guna jentolak halau penduduk setinggan di kampung Melayu yang di duduki puluhan tahun. Kerana apa, kerana tanah dah dibeli taukeh Cina.
BalasPadamHusam tak payah kelentong sana sini. Makin ramai dah tau perangai sebenar kamu.
BalasPadam