Nampak gayanya kedudukan PKR kini berada dalam keadaan semakin meruncing ekoran pendirian yang tidak konsisten parti itu terhadap PAS. Nak pulak di Negeri Kelantan secara khususnya.
Keadaan itu memaksa Pakatan Haprak terpaksa bergantung kepada kemampuan PAN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk berhadapan dengan PAS secara terbuka.
Keadaan itu dapat dilihat dengan jelas apabila PKR sering kali berubah - ubah pendirian serta pendekatan mereka terhadap PAS sehingga menyebabkan Pakatan Haprak tu menjadi curiga.
Perkara itu turut dinyatakan oleh bekas Ahli Parlimen PAS Bachok yang mendakwa Pakatan Haprak itu tidak mempunyai pilihan lain selain daripada terpaksa bergantung harap kepada PAN.
Walhal pada hakikatnya, Pakatan Haprak tu sedar bahawa PAN mempunyai masalah dari segi untuk mendapatkan sokongan rakyat, namun kata pemimpin PAS itu, perkara itu tidak dapat dielakkan.
"PH mengharapkan Amanah untuk bergerak sedangkan Amanah sendiri pun ada masalah dan kita lihat liputannya di Kelantan tertumpu di sekitar Kota Bharu sahaja. Di pihak Amanah persiapan itu tidak bergerak sementara di pihak PAS sendiri persiapan itu bergerak ke depan," katanya kepada Antarapos.
Wan Nik tidak menolak Amanah tiba-tiba menjadi 'ayam tambatan' PH selepas PKR mengundurkan diri di Kelantan, susulan terputusnya hubungan tahaluf siyasi dengan PAS, baru-baru ini.
"Di pihak PH ini nampaknya Amanah yang ketuai (gerakan menawan Kelantan), sedangkan Amanah parti baru. PKR nampaknya mengundur diri. Nampak macam tidak serasi. Kita nampaklah di sebelah PPBM tiada tokoh, PKR juga tiada tokoh (untuk mengetuai PH)," katanya.
Dalam masa yang sama, Wan Nik juga mendakwa bukan hanya PH, Kelantan juga kini diintai Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk diletakkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Secara tidak lansung, kenyataan itu membuktikan bahawa PKR sememangnya tidak boleh diharap, manakala PPBM pula tidak mempunyai kemampuan untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya menghampakan cita - cita DAPigs untuk menguburkan PAS di Kelantan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.